Anda di sini

Jelajah pedalaman Sarawak untuk projek amal kebajikan

Advertisement
 Kelvin menemu ramah kanak-kanak di rumah panjang Batu Keling.
DEKATI RAKYAT: Kelvin menemu ramah kanak-kanak di rumah panjang Batu Keling.

KELAB Pemilik 4x4 Sibu telah bersama-sama dengan pengasas Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place Kuching) Kelvin Wan menjelajah kawasan pedalaman Sarawak bagi melaksanakan projek amal akhir tahun.

Jelajah itu adalah Ekspedisi Keenam untuk Program Amal Tanpa Sempadan (CWB-6) yang telah bermula sejak enam tahun lepas yang diperkenalkan oleh Kelvin sendiri.

CWB sebelum ini turut mendapat sokongan serta usaha sama Kelab Cabaran Pacuan 4 Roda Bintulu (Kelab 4x4 Bintulu).

Tetapi tahun ini ia lebih istimewa kerana mendapat sokongan daripada Kelab Pemilik 4x4 Sibu yang juga merupakan rakan usaha sama CWB-6 bersama-sama dengan Kelab 4x4 Bintulu.

Baru-baru ini, Presiden Kelab Pemilik 4x4 Sibu Kiing Sie Puo telah mengetuai enam buah pacuan roda dengan 18 ahli sukarelawannya membantu melakukan kaji selidik terhadap keperluan yang sangat diperlukan di rumah-rumah panjang di kawasan pedalaman semasa CWB-6 ini.

Rombongan telah memulakan perjalanan dari Sibu pada jam 8.30 malam dan sampai di Kapit pada jam 4.30 pagi keesokan harinya.

Semasa perjalanan, mereka bertemu dengan kereta polis dari Song yang tidak dapat melalui jalan berlumpur.

Kelab pemilik 4x4 Sibu sempat membantu kenderaan polis dan memastikan anggota polis terlibat selamat tiba di Song.

Sebelum meneruskan perjalanan, kami turut merakam gambar bersama dengan anggota polis.

Selepas sarapan pagi dan mengisi petrol kereta di Kapit, kami teruskan perjalanan ke rumah panjang Sang Anau.

Dari Sibu ke Kampung Sang Anau melibatkan jarak kira-kira 315 kilometer,” katanya kepada pemberita di Sibu, baru-baru ini.

Sementara itu, menurut Tuai Rumah Sang Anau Eyommos Ngang, jumlah penduduknya adalah kira-kira 450 orang yang tinggal di rumah panjang sepanjang 60 pintu itu.

Katanya, masalah yang dihadapi ialah perkhidmatan doktor udara yang datang sekali sebulan yang menyebabkan bekalan ubat tidak mencukupi. 

Penduduk kampung berdekatan juga akan datang ke sini untuk berjumpa doktor.

Kampung ini juga tanpa bekalan air dan elektrik. Daripada 60 pintu hanya 20 pintu sahaja mempunyai jana kuasa elektrik.

Kanak-kanak di sini semuanya belajar di Sekolah Kebangsaan Tunoh. Ia terletak kira-kira 34 kilometer,” jelasnya lagi.

Eyommos memberitahu, untuk ke sekolah mereka terpaksa membayar RM7 untuk perjalanan sehala ke sekolah dan RM14 untuk berulang-alik menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Pekerjaan penduduk di sini bersawah padi tetapi hanya cukup untuk kegunaan sendiri.

Di sini kami memelihara lebih daripada 100 ekor anjing. Anjing sangat penting untuk mereka yang gemar berburu,” katanya lagi.

Kelvin berkata, selepas melawat rumah panjang tersebut, rombongannya kemudian melawat sebuah rumah panjang di Batu Keling.

Jumlahnya adalah 12 pintu. Rumah panjang ini juga tanpa bekalan air dan elektrik.

Kebanyakan kanak-kanak tinggal bersama ibu bapa di rumah panjang kerana ibu bapa tidak mampu membayar kos pengangkutan menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Dari sini ke Sungai Asap mengambil masa perjalanan selama tiga jam dengan menggunakan bot,” ujarnya.

Jelasnya, setiap pelajar perlu membayar RM50 untuk perjalanan satu hala.

Selepas tiba di Sungai Asap, para pelajar terpaksa menggunakan jalan darat yang memerlukan tambang RM30 hingga RM50.

 Sebahagian daripada cabaran semasa perjalanan atas permukaan jalan yang berlumpur.
LASAK: Sebahagian daripada cabaran semasa perjalanan atas permukaan jalan yang berlumpur.

Semasa tinjauan itu, Kelvin mendapati ramai bayi masih menggunakan susu pekat untuk membesar ekoran ibu bapa mereka tidak mampu untuk menyediakan susu yang lebih baik.

Perjalanan yang diharungi sungguh mencabar apabila empat daripada enam buah kenderaan yang digunakan untuk CWB-6 ini rosak ketika di pertengahan perjalanan.

Nasib baik ia masih boleh diperbaiki serta-merta oleh ahli rombongan untuk meneruskan perjalanan.

Ini kerana salah seorang ahli jawatankuasa Kelab Pemilik 4x4 Sibu dari Saratok yang dikenali sebagai Ah Gu sangat berpengalaman dalam bidang mekanik.

Kereta yang paling berkuasa tidak pernah rosak sepanjang perjalanan dan dapat melalui semua jalan berlumpur dengan menyelamatkan banyak kereta melalui permukaan jalan yang berliku itu.

Kereta ini dimiliki oleh Naib Presiden Kelab Pemilik 4xx4 Sibu Ngu Kieh Hoh,” tambahnya lagi.

Hope Place Kuching melaksanakan penghantaran bantuan setiap tiga bulan sekali kerana banyak keluarga telah disenaraikan sebagai penerima bantuan daripada mereka.

Pada masa ini, kami menbantu lebih daripada 200 keluarga. Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana anda boleh membantu kami, Hope Place Kuching boleh dihubungi di talian 013-5672775 atau 082-505987 dari jam 8.30 pagi hingga 12  tengah malam dan jam 2 petang hingga jam 5 petang pada Isnin hingga Jumaat,” kata Kelvin lagi. Pada hari Sabtu pula Hope Place Kuching boleh dihubungi dari jam 9 pagi hingga jam 12 tengah malam sahaja.

Sekiranya orang ramai berminat untuk membuat sumbangan, mereka boleh meminta resit daripada kakitangan di Hope Place Kuching.

 Para sukarelawan dari Kelab Pemilik 4x4 Sibu merakam kenangan sebaik tiba di persempadanan kawasan Belaga.
SUKARELAWAN: Para sukarelawan dari Kelab Pemilik 4x4 Sibu merakam kenangan sebaik tiba di persempadanan kawasan Belaga.
  • oleh
  • Advertisement