Anda di sini

Hammer Team memenangi Piala Tenpin Boling Pelita

 Pemenang pertandingan Piala Tenpin Boling Antara Agensi Pelita 2018 di Kuching Sabtu lalu.
PEMENANG: Pemenang pertandingan Piala Tenpin Boling Antara Agensi Pelita 2018 di Kuching Sabtu lalu.

KUCHING: UNIMAS Hammer Team memenangi Piala Tenpin Boling Antara Agensi Pelita 2018 yang dianjurkan oleh Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) melalui Kelab LAKSAMANA diadakan pada 9 dan 10 Februari lalu.

 Menurut kenyataan akhbarnya di sini semalam, Piala PELITA disampaikan oleh Pengurus Besar LCDA, Datu Sajeli Kipli.

 Sebanyak 66 pasukan iaitu 24 pasukan bersaing dalam kategori wanita dan 42 pasukan dalam kategori lelaki terdiri pelbagai jabatan dan agensi negeri.

 Juara membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan RM6,200.

 Selain itu, hadiah persaingan terdapat juga cabutan bertuah dalam bentuk hamper diberikan kepada pemenang.

 Pertandingan itu bagi memupuk semangat toleransi kalangan pekerja sambil mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan.

 Selain memberi peluang interaksi dan bersosial dengan jabatan, agensi-agensi negeri dan persekutuan, agensi swasta dan jemputan media juga meningkatkan kecergasan mental dengan cara seimbang dari moral, rohani, mental dan emosi.

 Turut hadir Pengurus Kanan Jabatan Hal Ehwal Korporat juga pengerusi jawatankuasa penganjur, Saiful Bahari Amra Ramly.

 Pertandingan itu diadakan setiap tahun dan penganjur berharap lebih banyak agensi terlibat tahun depan.