Anda di sini

Isteri mati dikelar, polis berkas suami

Polis mengusung mayat keluar dari rumah.
Polis mengusung mayat keluar dari rumah.

 SERIAN: Seorang suri rumah warganegara Indonesia ditemui mati dengan kesan luka kelar di lehernya di Kampung Bedup Longgok, di sini petang tadi.

Mangsa Natalia, 36, ditemui dalam keadaan tertiarap serta berlumuran darah oleh suaminya yang baharu pulang menjemput anak perempuan mereka berusia lapan tahun dari sekolah iaitu sekitar jam 1.00 petang.

Si suami yang merupakan warga tempatan berusia 35 tahun kemudian terus membuat laporan polis berhubung kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar mengesahkan kejadian tersebut dan memberitahu siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan sebagai kes bunuh.

Difahamkan suami mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

"Siasatan masih dijalankan untuk mengenalpasti identiti pembunuh dan motif pembunuhan," jelasnya.