Anda di sini

Mangsa banjir prioriti

Advertisement

JKR juga akan memperbaiki segera jalan terputus akibat banjir: Uggah

 Uggah bersama Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan, hadapan) dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang (memangku bayi) merakamkan kenangan bersama Intan (belakang Rubiah) di PPS Kompleks Sukan Asajaya semalam.
CERIA: Uggah bersama Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah (kanan, hadapan) dan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang (memangku bayi) merakamkan kenangan bersama Intan (belakang Rubiah) di PPS Kompleks Sukan Asajaya semalam.

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak akan terus bersiap siaga terutama dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir di negeri ini.

Menurut beliau, jawatankuasa itu akan turut memastikan operasi pemindahan dan menyelamat mangsa banjir berjalan lancar.

Jabatan Kerja Raya (JKR) juga akan memperbaiki segera jalan-jalan terputus bagi memastikan tiada masalah timbul ekoran insiden tersebut.

Pagi ini (semalam), kita telah bermesyuarat dengan agensi berkaitan bagi menangani masalah banjir di negeri ini.

Antara isu yang dibincangkan termasuk usaha untuk memperbaiki segera jalan-jalan yang putus disebabkan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai keadaan banjir di negeri ini, semalam.

Sehubungan itu, Uggah yang juga Pengerusi JPBN Sarawak menggesa orang ramai supaya memaklumkan kepada jawatankuasa terbabit tentang kejadian tanah runtuh agar tindakan segera dapat dilakukan.

Kami juga menyediakan talian hotline di setiap daerah dan pejabat residen bagi memaklumkan kami mengenai apa jua aduan termasuk kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan jalan putus dan sebagainya agar tindakan segera dapat diambil.

Justeru, kami menyarankan orang ramai supaya gunakan talian ini atau media sosial sebagai langkah untuk membantu mangsa banjir di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Uggah meluangkan masa melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Asajaya yang menempatkan 275 mangsa banjir melibatkan 78 keluarga semalam.

Kunjungan itu ternyata amat bermakna bagi seorang ibu muda yang masih berpantang selepas bersalin, Intan, 22.

Intan bersama bayinya Mia Aisyah yang baharu berusia 38 hari diarah berpindah ke  pusat pemindahan tersebut setelah kediamannya di Kampung Asajaya dilanda banjir.

Meskipun berpantang dalam keadaan serba kekurangan, namun bagi Intan segala kemudahan yang disediakan di pusat pemindahan itu banyak membantunya dalam situasi tersebut.

Saya selesa di sini, khemah yang disediakan untuk mangsa banjir membantu saya berasa lebih privasi semenjak dua hari lalu apatah lagi layanan yang diberikan petugas pusat pemindahan amat baik,” katanya.

 Beberapa anggota JPBN Sarawak membantu memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat.
KE PUSAT PEMINDAHAN: Beberapa anggota JPBN Sarawak membantu memindahkan mangsa banjir ke kawasan selamat.
  • oleh
  • Advertisement