Anda di sini

Mangsa banjir kian meningkat

Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa banjir.
Anggota bomba dan penyelamat membantu mangsa banjir.

 KUCHING: Bilangan mangsa banjir di negeri ini mencatatkan peningkatan apabila seramai 4,887 orang daripada 1,419 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, kesemua mangsa banjir ditempatkan ke 31 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan Bahagian Samarahan, Serian,  Sri Aman, Sibu, Mukah,  Bintulu dan Limbang.

Jumlah itu terus meningkat berbanding 3,729 orang daripada 1,082 keluarga yang dipindahkan ke 27 PPS pada jam 12 tengah malam tadi.

Di Bahagian Samarahan,  sembilan PPS dibuka untuk menempatkan seramai 1,857 mangsa banjir daripada 534 keluarga iaitu di Dewan Pembangunan Sebuyau, SK Haji Bujang Rangawan Putin, Masjid Kampung Seruyuk, Dewan Surah Kota Samarahan, Pusat Sumber PBB Sadong Jaya, SK Kampung Mang, SK Haji Kelali, Kompleks Sukan Asajaya dan Dewan Mesra Simunjan.

Di Bahagian Serian,  seramai 1,564 mangsa banjir membabitkan 459 kelurga dipindahkan di 11 PPS  iaitu di Dewan Betong Kanowit, Dewan Lintang Baru Panchor, SK Samarahan Estate, Serian,  Surau Hadhari Kampung Rimba Padi, Gereja ST Peter Kampung Soh,  Dewan Kampung Slabi Entukuh, Dewan Masyarakat Serian, SK tanah Putih, Dewan SALCRA Kedup 2, Dewan Bale Buk Jan Jun (Slabi Plaman) dan SK Pangkalan Sorak Melayu.

Di Bahagian Sri Aman pula menempatkan seramai 32 mangsa banjir daripada 14 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Dr. Jonical.

Semakin banyak kawasan dilanda banjir.
Semakin banyak kawasan dilanda banjir.

Sementara di Bahagian Sibu, seramai 388 mangsa banjir daripada 119 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan SK Bukit Arip dan Dewan (C) SJK Tong Ah.

Manakala di Bahagian Mukah,  tiga PPS dibuka untuk menempatkan seramai 271 mangsa banjir daripada 84 keluarga di SK Parish, Balingian, Dewan Suarah Mesra Mukah dan Dewan Masyarakat Balingian.

Di Bahagian Bintulu pula,  seramai 504 mangsa banjir daripada 145 keluarga ditempatkan di dua PPS iaitu Dewan Suarah Bintulu dan Dewan Sukan Tatau.

Manakala tiga PPS dibuka di Bahagian Limbang membabitkan bagi menempatkan  seramai 271 mangsa banjir daripada 64 keluarga iaitu di PPS di Dewan Masyarakat Mendamit, Dewan Masyarakat Trusan dan SK Menuang (Baru).

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri melaporkan terdapat 43 sekolah yang ditutup dan 11 sekolah dijadikan sebagai PPS.
Sekolah yang ditutup ialah SK Klid/Plajau, SK ST John Kg Medong (M), SJK (C) Chin Hua, SMK Dalat, SK ST Benard, SK Kampung Tanam dan SK ST Luke NG Baoh (M) di  Dalat, SK Ng Selangau, SK Iban Union,  SK Sg Buloh, SK Sg Anak, SK Nanga Kua,  SK Kuala Lemai. SK Sungai Pakoh, SK Sg Kemena, SK Ulu Sg Arip dan SK ST Mathew Sekuau (M) di Selangau, SK Kuala Kenyana, SK Kampung Jebungan, SK Kampung Sau, SK Kampung Teh, SJK (C) Ek Hua, SK Penakup Ulu, SK Lubok Bemban dan SK Sg Liuk di Mukah.

SK Pangkalan Sorah, SK Sumpas, SK ST Teresa Serian dan SK Ulu Sengan di Serian, SJK Chung Hua Semera, SK Kg Melayu dan SK ST John di Samarahan,  SK Ulu Sengan di Bintulu, SK Sg Naman di Sibu, SK Long Sobeng, SK Long Lenei, SK PenghuluBaya Mallang dan SK Batu Bungan di Baram, SK Ulu Lubai. SK RC Kubong, SK Ng Meli, SK Kuala Awang dan SK Kubong di Limbang juga antara sekolah yang ditutup akibat banjir.

Sekolah yang dijadikan PPS pula ialah SK Haji Bujang Rangawan, SK mang, SK haji Kelali Semera, SK Samarahan Estate, SK Parish, Balingian, SK Tanah Putih, SK Bukit Arip, SJK (C) Tong Ah, SK Pangkalan Sorak MelayuSK Kuala Bok, Tinjar dan SK Menuang.

Tinjauan cuaca setakat jam 7 pagi ini, hujan dijangka berlaku di Bintulu dan Limbang sementara bahagian lain iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, sarikei, Sibu, Kapit, Mukah dan Miri dilaporkan tiada hujan.

Antara mangsa banjir yang dibantu bomba.
Antara mangsa banjir yang dibantu bomba.