Anda di sini

CENTEXS hanya terima pelajar bebas dadah

Advertisement

MUKAH: Para pelajar sekolah menengah harus bebas dadah sebagai salah satu syarat utama untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pendidikan seterusnya.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, 15 pelajar terpilih sebagai pengambilan pertama Centre Of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) Kampus Dalat.

Ini salah satu syarat yang dikenakan dan semua pelajar ini telah diisytiharkan bebas dadah,” katanya pada Majlis Perasmian Kampus Sementara Centexs Dalat Sabtu lalu.

Menurutnya, pengambilan pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran di CENTEXS tidak dikenakan pembayaran yuran dan bebas dadah merupakan salah satu syarat utamanya.

Belia harus bebas dadah kerana masa depan generasi kita bergantung kepada mereka,” jelasnya.

CENTEXS Kampus Sementara Dalat bermula dengan ambilan pertama 15 pelajar yang menjurus dalam bidang tekstil dan hospitaliti.

Kampus sebenar CENTEXS Dalat bernilai sekitar RM50 juta bakal didirikan berdekatan Kompleks Kebajikan Dalat.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Centexs Syeed Mohd Hussein Wan Abdul Rahman, Pengarah Yayasan Sarawak Azmi Bujang, Pemangku Timbalan Residen Mukah Safri Saili dan Pegawai Daerah Dalat Kueh Lei Poh.

Advertisement