Anda di sini

Abang Johari rasmi MYDIN Petra Jaya

Advertisement

KUCHING: Pasar raya besar MYDIN Petra Jaya dibuka secara rasmi hari ini oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. 

MYDIN Petra Jaya merupakan cawangan ketiga di negeri ini selepas MYDIN Samariang dan MYDIN CityOne. 

Dalam ucapan perasmiannya, Abang Johari memberi penghargaan kepada MYDIN yang telah mengembangkan perniagaannya di Petra Jaya. 

"Pasar raya besar MYDIN Petra Jaya bukan sahaja menjadi kemudahan untuk warga Petra Jaya berbelanja tetapi juga peluang untuk usahawan tempatan memasarkan produk mereka. 

"Saya yakin jika sambutan baik, MYDIN akan mengembangkan perniagaan mereka ke lain-lain kawasan di negeri ini seperti Miri, Bintulu dan Limbang," katanya. 

Ameer menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan merasmikan pembukaan MYDIN Petra Jaya hari ini.
Ameer menyampaikan cenderahati kepada Abang Johari sebagai tanda penghargaan merasmikan pembukaan MYDIN Petra Jaya hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Wira Dr Ameer Mydin berkata syarikat melabur sejumlah RM200 juta untuk mendirikan MYDIN Petra Jaya. 

Keluasan keseluruhan bangunan MYDIN ini ialah 812, 090 kaki persegi dengan 299, 598 kaki persegi merupakan keluasan pasar raya yang menjual pelbagai jenis segmen barangan seperti pasar segar, barangan makanan, aksesori, kesihatan, kecantikan, alat tulis dan banyak lagi. 

Manakala bahagian mall yang berkeluasan 512, 492 kaki persegi merangkumi 52 lot kedai jualan dan 10 bazar jualan. 

Antara penyewa Kentucky Fried Chicken (KFC), Ding Tea, Potato Story, Taka Cake House, Watsons, WIJA Pharmacy, Level Up Fitness, Lea Centre, Smart Book Shop, OPPO, Wandalan, Eyesight Optic, XES, Pusat Karaoke Sing Song dan banyak lagi. 

Fasiliti lain termasuklah, 1133 lot pakir kenderaan dan dua pentas besar yang terletak dalam dan luar mall untuk penganjuran pelbagai acara lengkap dengan sistem bunyi dan pencahayaan serta bilik tetamu kehormat.

Abang Johari memukul gong sebagai simbolik perasmian MYDIN Petra Jaya hari ini. Turut kelihatan Ameer (kanan).
Abang Johari memukul gong sebagai simbolik perasmian MYDIN Petra Jaya hari ini. Turut kelihatan Ameer (kanan).
  • oleh
  • Advertisement