Anda di sini

Sarawak akhiri jelajah pramusim kalah 1-4 kepada FELDA United

Advertisement

KUCHING: Sarawak menamatkan jelajah pramusim dengan kekalahan 1-4 di tangan FELDA United pada perlawanan berlangsung di Kompleks Sukan BSN, Bangi kelmarin.

 Ia kekalahan kedua berturut- turut anak didik Ian Andrew Gillan daripada tiga perlawanan selepas kemenangan 2-1 ke atas FELCRA pada perlawanan pertama.

 “Kehilangan pemain berpengalaman tempatan amat dirasai dalam skuad namun kita perlu meneruskan cabaran.

 “Pemain sedang bekerja keras mencari kombinasi yang sesuai untuk memantapkan skuad,” katanya ketika dihubungi semalam.

 Beliau turut akui tiga pemain import memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan pemain tempatan khususnya yang baru dibawa masuk.

 Mengulas perlawanan berkenaan, Ian akui kelebihan memihak FELDA United yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

 Penyerang import, Mateo Roskam menjaringkan gol saguhati Sarawak pada separuh masa pertama.

 Dalam pada itu, Ian mendedahkan pemain pertahanan dari Jepun, Yaki Ichikawa akan menjalani ujian pada 20 Januari ini.

 “Kita masih mencari pemain pertahanan tengah dari Asia dan berharap Yaki dapat menepati ciri-ciri pemain yang kita perlukan,” tambah Ian lagi.

 Kempen Liga Premier 2018 Sarawak akhiri jelajah pramusim kalah 1-4 kepada FELDA United akan bermula pada 2 Februari depan dengan Sarawak akan menjadi tuan rumah kepada Kuantan FA di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Advertisement