Anda di sini

Rumah kayu musnah dalam kebakaran

Advertisement
 

MIRI: Sebuah rumah kayu hangus sepenuhnya dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Masjid Tiris Bekenu dekat sini pagi tadi. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri,  Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut kira-kira jam 10.42 pagi tadi. 

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri dikerahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya 40 kilometer dari pusat bandar. 

"Setibanya di tempat kejadian, komander operasi melaporan kebakaran mengakibatkan rumah berstruktur kayu itu musnah sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan kepada media sebentar tadi. 

Law berkata semasa kejadian berlaku, hanya anak lelaki pemilik rumah berada di situ manakala pemilik rumah berada di rumah anak perempuannya di sebuah kawasan perumahan di Bekenu. 
 

  • oleh
  • Advertisement