Anda di sini

Remaja lelaki maut kereta tembung 4WD

Advertisement
 Keadaan kedua-dua kenderaan dalam kemalangan tersebut.
REMUK: Keadaan kedua-dua kenderaan dalam kemalangan tersebut.

KUCHING: Seorang remaja dari Kampung Hijrah, Simunjan maut selepas kereta yang dinaikinya bersama rakan terlibat kemalangan di Jalan Stakan di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohd Razmi Fardhuqa Menten berusia 18 tahun dalam perjalanan dari Kota Samarahan menuju ke Kota Sentosa apabila kereta dipandu rakannya, 33, dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan pacuan empat roda (4WD) dari arah bertentangan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu dalam satu kenyataan semalam, insiden itu berlaku sekitar 1.10 petang berhadapan dengan Stesen Elektrik SESCO, Jalan Stakan.

Beliau memberitahu, kenderaan mangsa dipercayai memasuki lorong bertentangan sebelum pertembungan yang menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian, manakala rakannya cedera ringan dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Pemandu 4WD berusia 37 tahun dari Kampung Niup, Kota Samarahan tidak mengalami kecederaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan bedah siasat ke atas mangsa akan dilakukan esok (hari ini),” kata Alexson.

Advertisement