Anda di sini

Lelaki Palestin maut dalam pertelingkahan di Jenin

Advertisement
 Lelaki Palestin yang cedera diangkat oleh rakannya semasa pertelingkahan ganas dengan tentera Israel di bandar Jenin di utara Tebing Barat, kelmarin. — Gambar Reuters
BANTU: Lelaki Palestin yang cedera diangkat oleh rakannya semasa pertelingkahan ganas dengan tentera Israel di bandar Jenin di utara Tebing Barat, kelmarin. — Gambar Reuters

RAMALLAH: Seorang penduduk Palestin maut dalam pertelingkahan dengan tentera Israel di utara Tebing Barat lewat kelmarin, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan.

Tentera Israel memasuki kota Jenin Palestin lewat kelmarin, kata saksi, dan rusuhan meletus di mana menurut polis Israel “beberapa ke-cederaan” berlaku.

Kementerian Kesihatan menamakan lelaki yang terkorban sebagai Ahmed Jarrar, 22.

Sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin telah ditangkap, dan pertelingkahan terus berlaku pada awal pagi semalam, kata saksi Palestin.

Video yang dipaparkan dalam talian oleh penduduk Palestin menunjukkan bebe-rapa kenderaan perisai Israel memasuki kota berkenaan.

Media Israel membayangkan serangan itu mungkin ada kaitan dengan pembunuhan seorang pendeta Yahudi di Tebing Barat seminggu sebelum itu.

Raziel Shevah, seorang pendeta berusia 35 tahun, ditembak mati dekat penem-patan Yahudi di mana dia tinggal berhampiran Nablus pada 9 Januari oleh penyerang tidak dikenali. — AFP

Advertisement