Anda di sini

Lebih 400 sertai perarakan Pembukaan Tahun Perundangan Sabah, Sarawak

Advertisement
 

MIRI: Lebih 400 orang terdiri daripada para pengamal undang-undang dan kakitangan Jabatan Kehakiman menyertai perarakan sempena Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2018 yang berlangsung di sini, pagi ini.

Perarakan yang bermula jam 8 pagi itu turut disertai oleh Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif.

Perarakan ini merupakan acara kemuncak bagi Pembukaan Tahun Perundangan 2018 yang diadakan di Miri tahun ini dengan bertemakan "Keadilan Dalam Kepelbagaian".

Advertisement