Anda di sini

Impian melihat gusti lengan berkembang ke serata dunia

Advertisement
 Devon (barisan belakang, kanan) dan Murray (dua kiri) memberi ‘pose’ istimewa sambil menggayakan pakaian tradisional Iban semasa sesi fotografi bersama Matthew (barisan belakang, kiri), Stephen (barisan tengah, tiga kanan), Teng (barisan tengah, lima kanan) dan yang lain.
TERUJA: Devon (barisan belakang, kanan) dan Murray (dua kiri) memberi ‘pose’ istimewa sambil menggayakan pakaian tradisional Iban semasa sesi fotografi bersama Matthew (barisan belakang, kiri), Stephen (barisan tengah, tiga kanan), Teng (barisan tengah, lima kanan) dan yang lain.

KUCHING: Jaguh gusti lengan dunia, Devon ‘No Limit’ Larratt mahu melihat sukan berkenaan berkembang di seantero dunia termasuk di Sarawak.

 Devon, 42, kelahiran Kanada membuat kemunculan istimewa pada Pertandingan Gusti Lengan Amal Antarabangsa Premier 101 2018 Ketiga berlangsung pada 19 dan 20 Januari ini.

 Beliau dilantik sebagai duta selain turut mengadakan seminar pada pertandingan selama dua hari berkenaan.

 “Ini adalah kali pertama saya datang ke Sarawak, pertama kali di Asia Tenggara.

 Saya pernah menjelajah ke seluruh dunia namun ini kali pertama saya datang ke sini.

 Ia pengalaman yang cukup mengujakan.

 “Saya menceburi sukan ini pada usia enam tahun dan mula menyertai pertandingan pada usia 18 tahun,” ujar pesara tentera itu pada sesi fotografi di sini semalam.

 Menurut Devon, minatnya yang mendalam terhadap sukan gusti lengan selain hasrat untuk membantu mengembang sukan itu membawanya ke Sarawak.

 Malah, beliau bersedia berkongsi pengalaman dan nasihat dengan atlet tempatan atau dikenali sebagai ‘puller’ yang berminat untuk pergi lebih jauh.

 “Saya pernah membuat kesilapan dan jika saya dapat membantu penggiat sukan gusti lengan untuk berjaya dalam karier ini, ia akan membuatkan saya gembira.

 “Impian saya untuk cuba membawa sukan ini ke tahap yang lebih jauh melangkaui seluruh dunia.

 “Saya mahu melihat lebih banyak perkongsian budaya dalam sukan ini.

 Saya mahu melihat penganjuran yang lebih besar dan sukan ini diluaskan seperti di peringkat sekolah,” jelas Devon lagi.

 Tidak seperti sukan tempur, gusti lengan ujar Devon lebih selamat dan jarang mendatangkan kecederaan kepada penggiatnya selain ia mudah dianjurkan.

 Beliau juga berharap kehadirannya di sini dapat memberi inspirasi kepada peserta khususnya yang masih muda.

 Sementara itu, pesara polis dari Perth, Australia, Murray McKay diletak sebagai antara calon pilihan untuk menjuarai edisi kali ini.

 Murray, 56, akan bertanding dalam kategori pro 85kg ke atas.

 Sesi fotografi semalam diserikan lagi dengan sorakan kontinjen dari Sabah yang turut tiba semalam.

 IAN Pertandingan anjuran Premier 101 dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Sarawak (SASA) dan disokong Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan menawarkan hadiah berjumlah RM31,300.

 Ia menarik minat seramai 500 peserta termasuk dari luar negara seperti Australia, Kazakhstan, Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, Filipina, Brunei, India, Thailand, Vietnam dan Taiwan manakala peserta tempatan datang dari Sabah, Labuan dan Semenanjung Malaysia.

 Hadir sama semalam Presiden SASA Matthew Dominic Barin, Timbalan Presiden SASA merangkap Pengerusi Penganjur Stephen Kee dan Penasihat SASA Dato Sri Teng Chi Lik.

  • oleh
  • Advertisement