Anda di sini

Empat warga AS dan Kanada diculik di utara Nigeria: Polis

Advertisement

LAGOS: Dua warga Amerika Syarikat (AS) dan dua warga Kanada telah diculik dan dua pengiring polis Nigeria maut dalam satu serangan hendap di negeri utara Kaduna, kata polis kelmarin, dalam penculikan terbaharu yang menyasari orang asing.

Jurucakap polis negara Mukhtar Aliyu berkata “lelaki bersenjata tidak dikenali” menculik keempat-empat warga Amerika Utara itu di jalan ke Abuja pada jam 7 malam Selasa lepas.

“Mereka terbabit dalam satu pertempuran sengit de-ngan dua anggota polis yang ditugaskan mengiringi eks-patriat, tetapi malangnya kehilangan nyawa,” ujarnya.

Tiada maklumat lanjut di-berikan dan Aliyu berkata “setiap kaedah yang ada” digunakan untuk menye-lamatkan empat mangsa culik dan menangkap penculik.

Di Washington, seorang pegawai Jabatan Negara merujuk kepada penculikan hanya seorang sahaja warga AS.

“Kami tahu mengenai laporan seorang warga AS yang diculik di Nigeria,” katanya yang enggan dikenali kepada AFP.

“Keselamatan dan perlin-dungan warga AS di seberang laut merupakan antara ke-utamaan tertinggi kami,” ujarnya.

Satu nasihat perjalanan oleh Jabatan Negara menggesa warga AS untuk “menimbang semula” perjalanan ke Nigeria, dan memberi amaran “jenayah ganas seperti rompakan bersenjata, serangan, kecurian kereta, penculikan dan rogol biasa berlaku di seluruh negara itu”.

Global Affairs Canada, yang mengurus hubungan konsular dan diplomatik Kanada, “tahu tentang laporan mengenai penculikan dua warga Kanada di Nigeria”, kata jurucakap John Babcock.

“Pegawai konsular di Nigeria sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengumpul maklumat tambahan,” ujarnya.

Penculikan sudah lama menjadi masalah di negeri selatan Nigeria, di mana individu berprofil tinggi, termasuk keluarga ahli politik terkemuka, kerap diculik.

Mangsa biasanya dibebas-kan beberapa hari selepas wang tebusan dibayar.

Sejak beberapa tahun lalu jenayah itu sudah menular di negara ekoran kelembapan ekonomi. Operasi ke atas kecurian lembu telah dikaitkan dengan jumlah penculikan yang semakin meningkat di utara negara.

Pada Oktober tahun lepas, geng bersenjata menculik empat mubaligh Britain yang bekerja untuk sebuah badan perubatan amal di negeri Delta yang kaya minyak namun daif di selatan negara.

Salah seorang tebusan maut manakala tiga tebusan lain kemudian dilepaskan.

Juga pada Oktober lalu Vatikan berkata seorang paderi Itali diculik dekat Benin City, ibu kota negeri Edo, yang bersempadan dengan negeri Delta di utara. Dia juga dilepaskan kemudian.

Keselamatan di jalan Kaduna-Abuja menjadi tumpuan pada tahun lepas apabila kerajaan persekutuan meng-umumkan penutupan lapa-ngan terbang tunggal di ibu negara untuk kerja membaik pulih landasan kapal terbang yang amat penting.

Banyak syarikat dan misi asing menasihati kakitangan untuk membataskan perjalanan mereka pada waktu penutupan, apabila semua penerbangan domestik dan beberapa penerbangan antarabangsa dialihkan ke Abuja. — AFP

Advertisement