Anda di sini

Dua sekolah Baram tutup untuk hari ke-5

Advertisement
 Keadaan salah sebuah blok sekolah SK Kuala Bok yang masih dilanda banjir pagi tadi.
MASIH BANJIR: Keadaan salah sebuah blok sekolah SK Kuala Bok yang masih dilanda banjir pagi tadi.

MIRI: Banjir hari kelima menyaksikan dua buah sekolah di Baram iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Bok dan SK Sungai Bong masih tidak beroperasi hari ini. 

Menurut Guru Besar SK Kuala Bok Jeffley Jantan berkata setakat jam 8 pagi tadi sekolah tersebut tidak dapat beroperasi hari ini berikutan paras air tidak mengizinkan namun tiada kejadian buruk berlaku. 

"Air pada pagi ini ada surut banyak dalam anggaran kira-kira satu kaki berbanding semalam. 

"Air laju surut malam tadi berkemungkinan tiada hujan di hulu dan hilir sungai," katanya dalam satu kenyataan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi pagi tadi. 

Antara kawasan yang masih terjejas banjir di sekolah tersebut ialah padang sekolah, dewan perhimpunan, bawah rumah guru dan beberapa kelas.

  • oleh
  • Advertisement