Anda di sini

Dua individu ditahan dalam Ops Dadu

Advertisement

KUCHING: Padah bekerja sebagai penjual loteri tanpa lesen, seorang gadis dan seorang lelaki diberkas sepasukan polis dalam Ops Dadu yang dijalankan di dua lokasi berasingan di sekitar bandar raya ini.

Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching pada Rabu lalu dilancarkan ke atas sebuah pasar raya di Pusat Komersial Semariang dan sebuah bangunan kedai di Jalan Sultan tengah Petra Jaya.

Menurut sumber, dalam operasi pertama yang diketuai Inspektor Mohammad Harun, serbuan ke atas premis pasar raya di Pusat Komersial Semariang berjaya menahan seorang gadis berusia 24 tahun kerana didapati menjual loteri tanpa lesen.

Antara barang rampasan kes, satu slip yangg tercatat angka-angka yang disyaki nombor pertaruhan loteri awam tanpa lesen, sebuah telefon bimbit, seunit stapler, sebatang pensel, seunit kalkulator, cop tunai dan wang tunai berjumlah RM33.

Operasi kedua pula dijalankan ke atas sebuah premis bangunan kedai di Jalan Sultan Tengah dan berjaya menahan seorang lelaki berusia 58 tahun juga dipercayai menjual loteri tanpa lesen.

Dalam serbuan itu, polis merampas satu slip yang bertulis angka-angka yang isyaki nombor pertaruhan loteri awam tanpa lesen, sebuah telefon bimbit, seunit pengokot, sebatang pen merah dan wang tunai berjumlah RM47.

Advertisement