Anda di sini

Cubaan ceroboh rumah tumpas

Advertisement
 Dua suspek yang dipercayai memecah masuk sebuah rumah untuk mencuri.
DITANGKAP: Dua suspek yang dipercayai memecah masuk sebuah rumah untuk mencuri.

MIRI: Kepekaan penduduk setempat mematahkan kegiatan dua lelaki yang dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah di kawasan perumahan Senadin Fasa 7 di sini, malam Selasa lepas.

Menurut kenyataan Community Policing Miri, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian jenayah tersebut kira-kira jam 8.15 malam.

“Setibanya di lokasi, Community Policing Miri bersama penduduk setempat berjaya menahan dua suspek dipercayai memecah masuk rumah di kawasan itu bagi tujuan mencuri bahan binaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat perkakasan pecah rumah, pisau lipat dan jarum suntikan dalam pemilikan kedua-dua suspek,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek kemudiannya diserahkan kepada anggota peronda polis (MPV) untuk dibawa ke Balai Polis Pusat Miri bagi siasatan lanjut.

Community Policing Miri turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk Senadin Fasa 7 atas kerjasama serta komitmen yang diberikan sehingga tertangkapnya kedua-dua suspek. 

Advertisement