Anda di sini

Berang ditegur isteri, lelaki cedera tendang akuarium

Advertisement

SIBU: Berang ditegur isteri, seorang lelaki yang berada di bawah pengaruh alkohol bertindak menendang akuarium sehingga menyebabkan kaki kanannya cedera.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam di Jalan Foochow kelmarin, lelaki berumur 34 tahun itu dikatakan mabuk sehingga si isteri menegurnya supaya berhenti minum minuman keras.

Namun, teguran isterinya itu menimbulkan pertengkaran sehingga si suami bertindak menyepak akuarium di rumah sewa mereka.

Akibatnya, kaki kanan si suami berlumuran darah kerana luka terkena kaca akuarium.

Melihat keadaan itu, si isteri terus menghubungi ambulans yang tiba untuk memberi rawatan awal kepada mangsa.

Mangsa kemudian dihantar ke unit kecemasan dan trauma Hospital Sibu di mana keadaannya dilaporkan stabil selepas menerima rawatan.

Advertisement