Anda di sini

Presiden Indonesia ganti menteri hal ehwal sosial

Advertisement
 Widodo (kanan) bersalaman dengan Idrus, sambil diperhati isterinya Ridho Ekasari (tengah), pada upacara mengangkat sumpah untuk anggota baharu kabinet               di istana presiden di Jakarta, Indonesia semalam. — Gambar Reuters
PELANTIKAN BAHARU: Widodo (kanan) bersalaman dengan Idrus, sambil diperhati isterinya Ridho Ekasari (tengah), pada upacara mengangkat sumpah untuk anggota baharu kabinet di istana presiden di Jakarta, Indonesia semalam. — Gambar Reuters

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo, menggantikan menteri hal ehwal sosial dalam kabinet beliau semalam dan memilih ketua staf baharu dalam rombakan ketiga dalam penggal lima tahun beliau.

Rombakan itu sudah dijangkakan kerana beberapa menteri Widodo meminta melepaskan tugas untuk bertanding pada pilihan raya wilayah lewat tahun ini.

Bagaimanapun, dengan hanya seorang menteri terlibat, ia adalah rombakan lebih kecil daripada beberapa jangkaan.

Menteri hal ehwal sosial baharu ialah Idrus Marham, anggota Parti Golkar, parti kedua terbesar dalam pakatan Widodo.

Beliau menggantikan Khofifah Indar Parawansa, yang akan bertanding untuk pilihan raya di wilayah Jawa Timur.

Widodo juga melantik ketua staf baharu, Moeldoko, bekas ketua tentera yang bersara, yang hanya menggunakan satu nama seperti kebanyakan penduduk Indonesia.

Pilihan raya perundangan dan presiden akan diadakan pada 2019. — Reuters

Advertisement