Anda di sini

Lelaki nafi tuduhan rogol dan liwat budak

Advertisement

SIBU: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan merogol serta meliwat seorang kanak-kanak berusia tiga tahun 10 bulan.

Tertuduh, Soo Leh Toh, 33, didakwa bertindak sedemikian ke atas mangsa pada 1 Januari lepas, antara jam 8 malam dan 8.20 malam di sebuah rumah di Jalan Tiong Hua.

Soo didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan kerana merogol dan bagi pertuduhan meliwat mangsa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat dan waktu yang sama.

Seksyen 376(3) memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan dikenakan sebatan tidak kurang 10 kali.

Sementara Seksyen 377C memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Caroline Bee Majanil yang mendengar kes, menetapkan kes disebut semula pada 21 Febuari depan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pemeriksaan mental di Hospital Sentosa Kuching selama sebulan selepas menerima permohonan daripada pihak pendakwa raya.

Advertisement