Anda di sini

Kilang papan diarah bayar tunggakan lebih setengah juta kerana usik meter

Advertisement

KUCHING: Mahkamah Sesyen Sibu baru-baru ini mencapai keputusan yang memihak kepada Syarikat SESCO Berhad (SESCo) dalam kes usikan meter terhadap syarikat yang menjalankan perniagaan kilang papan di Bintangor, Sarikei.

Dalam penghakiman yang disampaikan pada 29 Disember 2017, mahkamah mengarahkan syarikat itu membayar kepada SESCo - cabang runcit dan operasi Sarawak Energy - sebanyak RM528,211.77.

Ini adalah anggaran kerugian hasil yang ditanggung oleh SESCo akibat gangguan pada meter, bersama faedah dan kos undang-undang.

Permohonan syarikat untuk injunksi bagi menghalang SESCo daripada mencabut bekalan elektrik ke premis mereka disebabkan tagihan tunggakan yang belum dibayar juga ditolak oleh Mahkamah Sesyen.

Meter yang dipasang di premis syarikat itu dikesan mengalami gangguan meter pada Oktober 2012.

Siasatan terperinci menunjukkan komponen dalaman meter diusik untuk mengelakkannya dari merekodkan penggunaan elektrik sebenar kilang papan, menyebabkan kadar elektrik digunakan oleh perniagaan beroperasi penuh penggergajian, adalah secara tidak realistiknya rendah.

Memandangkan syarikat itu dalam senarai pesalah berulang SESCo, penggunaan elektrik bulanan perniagaan tersebut juga dipantau dengan teliti.

Mencuri elektrik bukan sahaja menyalahi undang-undang, ia juga adalah satu jenayah berbahaya kerana membahayakan nyawa dan juga boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan elektrik.

SESCo akan terus menjalankan pemeriksaan meter dan penyiasatan di seluruh negeri secara aktif dengan bekerja rapat dengan pihak berkuasa, agensi berkaitan dan orang awam.

Pesalah akan didakwa di bawah Seksyen 33 (5) Ordinan Elektrik yang membawa hukuman denda RM100,000 dan/atau penjara lima tahun.

Usaha berterusan SESCo untuk membendung kecurian kuasa membawa kejayaan besar dan syarikat itu memanjangkan penghargaan kepada orang ramai atas bantuan mereka dalam menyediakan maklumat mengenai kes-kes tersebut.

Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kecurian kuasa boleh menghubungi SESCo menerusi talian 082-443535 atau e-mel ke [email protected].

Advertisement