Anda di sini

Dibaling bom petrol

Advertisement

Stesen minyak nyaris terbakar, sebuah pam terkena bom petrol dilontar individu tidak dikenali.

 Bahagian pam minyak tersebut  yang terbakar akibat dibaling bom petrol.
PANTAS DISEDARI: Bahagian pam minyak tersebut yang terbakar akibat dibaling bom petrol.

KOTA SAMARAHAN: Sebuah stesen minyak di Jalan Kuching-Samarahan di sini nyaris terbakar selepas salah satu pamnya terkena balingan bom petrol dalam kejadian sekitar tengah malam kelmarin.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya dimaklumkan oleh pihak pengurusan stesen minyak tersebut bahawa bom petrol itu dilontar oleh dua individu tidak dikenali.

Mengikut maklumat daripada pekerja dan pengurus stesen minyak tersebut, terdapat dua individu tidak dikenali melontar bom petrol ke pam minyak berkenaan sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal.

Kebakaran bagaimanapun berjaya dipadamkan oleh pekerja stesen minyak tersebut menggunakan dua unit tabung alat pemadam api mudah alih,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, pihak bomba membuat pemantauan untuk memastikan tiada lagi punca api yang boleh mencetuskan kebakaran sebelum beredar dari tempat kejadian.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden tersebut.

Difahamkan, laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh pihak pengurusan stesen minyak tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan DSP Lee Chong Chern semasa dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan.

Kita menerima laporan pada jam 11 pagi tadi (semalam) dan kita dimaklumkan bahawa bom petrol tersebut dilontarkan oleh individu tidak dikenali.

Difahamkan, suspek adalah seramai empat individu yang menunggang dua motosikal.

Kita sedang menjalankan siasatan terperinci serta sedang giat menjejaki suspek,” katanya sambil menambah, setakat ini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.

  • oleh
  • Advertisement