Anda di sini

Axiata Group berikrar bebas daripada rasuah

Advertisement

KUALA LUMPUR: Axiata Group Bhd dan kumpulan syarikatnya baru-baru ini mengesahkan ikrar mereka untuk bebas daripada rasuah.

Kumpulan tersebut terdiri daripada syarikat operasi Celcom Axiata Bhd, Axiata Business Services Sdn Bhd, Axiata Digital Services Sdn Bhd dan edotco Group Sdn Bhd berikrar untuk mengamalkan dan mendokong integriti dan tadbir urus pada tahap tertinggi sebagai antara syarikat korporat utama Malaysia dengan operasi di 11 negara di ASEAN dan Asia Selatan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, mengetuai kumpulan pengurusan kanan dan pekerja kumpulannya berikrar di hadapan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Datuk Abdul Samat Kasah di sini kelmarin.

Sebagai kumpulan telekomunikasi antarabangsa utama dan syarikat berkaitan kerajaan, Axiata berbesar hati untuk menjadi sebahagian daripada langkah ini dalam memacu ke arah tahap ketelusan, tadbir urus, integriti dan standard etika yang lebih tinggi, bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh pasaran kami,” kata Jamaludin.

Axiata telah diiktiraf atas kecemerlangannya dalam tadbir urus korporat oleh Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Malaysia sebagai 10 yang terbaik dalam tadbir urus korporat.

Axiata turut menduduki antara 15 yang terbaik dalam Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia bagi 2017. — Bernama

Advertisement