Anda di sini

22 Februari sebutan lanjut kes bunuh anak kekasih

Advertisement
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret petang tadi.
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Majistret petang tadi.

MIRI: Mahkamah Majistret menetapkan 22 Februari depan untuk sebutan lanjut kes seorang lelaki yang dituduh membunuh anak teman wanitanya.

Manakala tertuduh diperintahkan supaya ditahan lanjut di Penjara Pusat Miri sementara menunggu tarikh tersebut.

Yap Kak Min, 33, dari Desa Pujut di sini telah dituduh membunuh Nasreen Chai, 13.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 8 pagi hingga 5.50 petang, 9 Januari lalu di sebuah rumah di Desa Pujut di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

  • oleh
  • Advertisement