Anda di sini

Ungguli kedudukan teratas

Advertisement

Impian pasukan SMS FC bergelar juara KFML Siri 2017/2018 semakin hampir

 Skuad SMS FC memperkenal jersi baharu tajaan Ultimax Motor pada kempen Liga Perlawanan Persahabatan Kuching (KFML) Siri 2017/2018.
BAKAL JUARA: Skuad SMS FC memperkenal jersi baharu tajaan Ultimax Motor pada kempen Liga Perlawanan Persahabatan Kuching (KFML) Siri 2017/2018.

KUCHING: Impian pasukan SMS FC bergelar juara Liga Perlawanan Persahabatan Kuching (KFML) Siri 2017/2018 semakin hampir setelah berjaya mengutip mata penuh menentang Petra Jaya FC di Padang Kastam Demak Laut di sini petang kelmarin.

 Dengan kemenangan 4-0 ke atas Petra Jaya FC, SMS FC hanya perlu mengutip satu mata dalam perlawanan seterusnya dengan baki dua perlawanan untuk dinobatkan juara liga KFML Siri 2017/2018.

 Pasukan itu kini terus selesa mengungguli kedudukan teratas liga dengan kutipan 15 mata.

 Pengurus Pasukan SMS FC, Rosmazaidi Zaidi Ismail berkata perlawanan menentang Petra Jaya FC adalah tugas mencabar memandangkan pasukan tersebut merupakan naib juara Piala Perpaduan 2017.

 “Dengan benteng pertahanan mantap dan jentera serangan tengah yang tenang serta corak permainan menarik, kita berjaya mengutip mata penuh pada perlawanan kelima liga KFML.

 “Kemenangan ini menjarakkan kutipan mata kita berbanding pasukan lain sekali gus di kedudukan amat selesa bergelar juara,” katanya.

 Rosmazaidi berkata dengan baki dua perlawanan, pasukannya hanya perlu mengikuti satu mata mengesahkan gelaran juara liga KFML Siri 2017/2018 milik mereka.

 Sementara itu, Phoenix Utd di kedudukan kedua liga dengan mengutip 9 mata diikuti Kaslap FC (8), Harmony FC (7), Hajiba FC (5), Maludam SC (4), Petra Jaya FC (4) dan Fleexc FC masih buntu mengutip sebarang mata.

  • oleh
  • Advertisement