Anda di sini

Batu Kudi di Ulu Simunjan berpotensi sebagai destinasi pelancongan

Advertisement
__alt__

BATU Kudi di Ulu Simunjan dicadang untuk dibangunkan menjadi salah satu destinasi pelancongan dalam usaha menggalakkan kedatangan pelancong ke Sarawak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau akan menulis surat rasmi kepada kerajaan untuk membangunkan kawasan yang menempatkan sebuah gua batu tersebut sebagai destinasi pelancongan.

Katanya, usaha itu dapat membantu penduduk sekitar untuk menambah pendapatan dan ekonomi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong, baru-baru ini berpeluang meluangkan masa selama dua jam bersama penduduk Kampung Selamalatong dan Persekutuan Pertubuhan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Simunjan.

Saya juga membawa rakan-rakan kita dari PPWS agar mereka dapat memikirkan cara untuk membantu penduduk wanita di kawasan ini.

Sebab itulah saya meminta PPWS untuk belajar daripada mereka yang pandai menghasilkan makanan tradisional yang unik dan mengajarnya semula kepada penduduk kampung,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Majlis Daerah Simunjan Kaunselor Margaret Mamut dan Temenggung Bahagian Samarahan, Anthony Nyipa.

Gua Batu Kudi menurut penduduk di kawasan berkenaan mempunyai sejarah dan mitos tersendiri.

Menurut Anthony, gua itu yang berusia lebih 100 tahun dikatakan pada asalnya adalah perkampungan rumah panjang, namun terkena sumpahan lalu bertukar menjadi batu.

 Nancy meluangkan masa selama dua jam di Batu Kudi.
BERPOTENSI: Nancy meluangkan masa selama dua jam di Batu Kudi.
 Nancy merakam kenangan bersama para peserta lawatan Batu Kudi.
LUANGKAN MASA: Nancy merakam kenangan bersama para peserta lawatan Batu Kudi.
Advertisement