Anda di sini

Karnival, kejohanan bola sepak platform terbaik membudayakan gaya hidup sihat

Advertisement
 Pasukan Fighter bergambar bersama hadiah kemenangan.
JUARA: Pasukan Fighter bergambar bersama hadiah kemenangan.
 Madun (tiga kiri) menyerahkan hadiah kepada salah seorang pemenang, disaksikan Aji Kadir (kiri), Affendi dan Hamdan (kanan).
TAHNIAH: Madun (tiga kiri) menyerahkan hadiah kepada salah seorang pemenang, disaksikan Aji Kadir (kiri), Affendi dan Hamdan (kanan).
 Pasukan wanita turut beraksi memburu kejuaraan.
LASAK: Pasukan wanita turut beraksi memburu kejuaraan.

PROGRAM Mini Karnival dan Penutupan Liga Bolasepak Pemuda Kampung Dato, Kuala Lawas(KDKL) yang diadakan baru-baru ini berlangsung penuh meriah dan mencipta kenangan manis buat penduduk di kampung itu.

Penaung Pemuda KDKL Awang Damit Ali Hasan berkata program itu platform terbaik kepada KDKL membudayakan gaya hidup sihat melalui aktiviti untuk beriadah, bersukan dan bersantai bersama ahli keluarga.

Pada masa sama program tersebut mampu menyatupadukan penduduk melalui pelbagai aktiviti yang diadakan termasuk futsal wanita, sukaneka, senamrobik selain gerai makanan untuk penduduk menjana pendapatan dan ekonomi keluarga.

Program ini dapat mengelak pemuda kampung daripada terjebak dengan aktiviti tidak sihat selain menyatupadukan penduduk sekitarnya,” katanya kelmarin.

Jelasnya, Liga Bolasepak KDKL diadakan sebulan lalu dan kemuncak perlawanan akhir ialah perlawanan antara pasukan Fighter FT menentang Meriyap FT.

Acara penutupan disempurnakan oleh Ketua Pemuda Cawangan PBB  Bukit Sari Madun Nasip.

Sebanyak tujuh pasukan menyertai liga bola sepak yang melibatkan pemuda dan belia KDKL.

Turut hadir ialah Penasihat Pemuda KDKL Aji Kadir Bayan, Ketua Pemuda Ranting KDKL Affendi Mohd, Naib Ketua Pemuda Ranting KDKL Hamdan Ahmad dan ketua masyarakat lain.

  • oleh
  • Advertisement