Anda di sini

Kajian bangun rumbia

Advertisement
 Abang Johari memotong kek tanda ulang tahun pertama kepimpinannya sebagai Ketua Menteri pada Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Mukah petang semalam.
TERUS CEMERLANG: Abang Johari memotong kek tanda ulang tahun pertama kepimpinannya sebagai Ketua Menteri pada Mesyuarat Perwakilan PBB Zon Mukah petang semalam.

  Kajian penting meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan hasil rumbia: KM

MUKAH: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata satu kajian akan dijalankan untuk membangunkan rumbia.

Menurut beliau, ia penting untuk meningkatkan produktiviti dan mempercepatkan hasil tanaman berkenaan.

Kita akan laksanakan satu kajian mengenai tanaman rumbia supaya ia dapat tumbuh lebih cepat,” katanya ketika berucap pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Mukah petang semalam.

Abang Johari berkata, rumbia adalah tanaman yang boleh menghasilkan pelbagai produk berpotensi untuk melonjakkan ekonomi setempat, terutama penduduk di sekitar Mukah.

Bagaimanapun katanya, berdasarkan pengalaman lalu tanaman itu tumbuh terlalu perlahan untuk menuai hasilnya.

Sementara itu, Ketua Menteri bersetuju dengan cadangan mengenai usaha menjadikan Mukah sebagai Bandar Pintar.

Saya setuju dengan cadangan itu (dicadang oleh perwakilan) dan ia adalah sesuatu yang bagus,” katanya.

Namun katanya, cadangan itu memerlukan prasarana seperti capaian Internet yang baik untuk direalisasikan.

Dalam ucapannya, Abang Johari menasihati ahli-ahli PBB agar mengekalkan tradisi politik yang aman dan harmoni.

Ini hanya dapat dilaksanakan dengan kekalnya perpaduan di kalangan ahli dan tiada pergolakan atau pergaduhan sesama ahli,” katanya.

Turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hssan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip.

Mesyuarat semalam dihadiri kira-kira 2,000 perwakilan dari tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Dalat, Tellian dan Balingian.

  • oleh
  • Advertisement