Anda di sini

Tokong di Taman Tunku terbakar

Advertisement

MIRI: Menara stor penyimpanan lilin untuk sembahyang sebuah tokong cina di Taman Tunku hangus dalam kebakaran kira-kira jam 5 petang tadi. 

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata kebakaran meliputi 60 peratus bangunan itu.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.10 petang. 

"Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan tiada sebarang mangsa yang mengalami kecederaan," katanya.

Kebakaran itu berjaya ditangani enam anggota BBP Miri dengan dibantu enam anggota dari BBP Lopeng. 

Keadaan sebuah menara ibadat yang terbakar.
Keadaan sebuah menara ibadat yang terbakar.
Anggota bomba berusaha mengawal dan memadamkan kebakaran.
Anggota bomba berusaha mengawal dan memadamkan kebakaran.
  • oleh
  • Advertisement