Anda di sini

Naik angin dijeling, adik tampar kakak sendiri

MIRI: Naik angin apabila dijeling, seorang suri rumah ditampar adik lelakinya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tudan di sini, Isnin lepas.

Difahamkan mangsa berusia 41 tahun itu ditampar adiknya tiga kali di bahagian kiri muka.

Menurut sumber, si adik dikatakan secara tiba-tiba mengamuk lalu menampar mangsa.

“Mangsa kemudiannya melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan perlindungan.

“Anak saudara perempuan mangsa kemudiannya menghubungi pihak polis bagi mendapatkan bantuan,” jelas sumber.

Suspek yang dipercayai selalu membuat onar di rumah itu kemudian ditangkap bagi membantu siasatan.

Sementara itu, dalam kes yang lain, seorang lelaki ditangkap polis selepas dipercayai mengamuk di sebuah stesen minyak di Jalan Bintang di sini, malam Selasa lepas.

Mangsa yang dikatakan mabuk menyebabkan pekerja stesen minyak itu ketakutan lalu menghubungi polis.