Anda di sini

Culik kanak-kanak untuk organ, berita palsu - Dev Kumar

Advertisement

KUCHING: Polis kini sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook 'Amelsan Tahagi' kerana didapati menyebarkan berita palsu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata pemilik akaun facebook terbabit telah memuat naik status berhubung berlakunya kes penculikan kanak-kanak untuk mengambil organ mereka.

Menurut Dev, status tersebut turut disertakan dengan tiga gambar kes bunuh kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun di Miri yang mayatnya ditemui dalam but kereta.

"Perkara (status) yang dimuat naik tersebut adalah tidak benar dan kita telah diarahkan untuk menyiasat pemilik akaun facebook ini kerana didapati menyebar berita palsu.

"Setakat ini, kita sudah mengenalpasti pemiliki akaun facebook terbabit dan akan memangilnya untuk siasatan lanjut," kata Dev dalam satu kenyataan malam ini.

Berita palsu yang disebarkan menerusi Facebook.

Beliau turut memberi amaran kepada netizen agar tidak menyebarkan berita palsu.

"Mana-mana pihak yang didapati menyebarkan berita palsu akan ditahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia," tegas Dev.

  • oleh
  • Advertisement