Anda di sini

59 peserta asah bakat dalam Tilawah Al-Quran

Advertisement
 Fadillah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah dan Bahagian Kuching di Masjid Al-Abyad, Kuching.
TAHNIAH: Fadillah menyampaikan hadiah kepada para pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah dan Bahagian Kuching di Masjid Al-Abyad, Kuching.

SERAMAI 59 peserta dari kawasan Kuching menyertai majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah dan Bahagian Kuching yang berlangsung selama dua hari di Kuching, baru-baru ini.

Pertandingan yang diadakan di Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya itu bertujuan untuk mencari bakat dalam bidang tilawah bagi mewakili Kuching di peringkat negeri.

Ia juga diadakan bagi membudayakan ilmu menerusi pembacaan al-Quran selain memantapkan kecintaan terhadap kitab suci berkenaan dalam kalangan umat Islam.

Majlis penutupan tilawah al-Quran itu disempurnakan oleh Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Pada majlis itu, Kamil Mejeni dinobatkan sebagai johan qari untuk Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah dan Bahagian Kuching.

Beliau berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 beserta sebuah trofi.

Tempat kedua dan ketiga pula, masing-masing dimenangi oleh Mohd Safwan Mahli dan Muhammad Syahazlan Sahmat.

Kedua-dua mereka masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM750 dan RM500 serta sebuah trofi.

Sementara itu, johan qariah untuk  Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah dan Bahagian Kuching dimenangi oleh Nurafiqah Mohamad Musa dengan hadiah wang tunai RM1,000 berserta sebuah trofi.

Tempat kedua dan ketiga disandang oleh Zunaidah Abta dan Dayangku Farahwaheda Awang Mohammed.

Mereka masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM750 dan RM500 serta sebuah trofi.

  • oleh
  • Advertisement