Anda di sini

200 sudah daftar Sibu Tower Run

Advertisement
 Zamri (dua kanan) bersama ahli-ahli Underground Runners Sibu di hadapan Wisma Sanyan yang akan menjadi lokasi Sibu Tower Run 2018.
JOM SAHUT CABARAN: Zamri (dua kanan) bersama ahli-ahli Underground Runners Sibu di hadapan Wisma Sanyan yang akan menjadi lokasi Sibu Tower Run 2018.

SIBU: Seramai 200 peserta telah mendaftar untuk menyertai Sibu Tower Run (STR) 2018, acara berlari menaiki 627 anak tangga Wisma Sanyan setinggi 28 tingkat yang dijadual berlangsung pada 11 Mac ini.

Dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Sibu (MPS) dengan kerjasama Underground Runners Sibu (URS), larian edisi kedua ini turut disokong oleh akhbar Kumpulan See Hua sebagai media rasmi.

Menurut Presiden URS Zamri Kiprawi Bujang, penyertaan STR 2018 terhad kepada 350 peserta sahaja atas faktor keselamatan.

“Setakat ini, seramai 200 peserta telah mendaftar dan ini menjadikan hanya tinggal 150 slot sahaja yang masih kosong,” ujarnya ketika dihubungi, semalam.

STR edisi pertama yang dianjurkan pada Mac 2017 disertai seramai 300 peserta.

Ketika larian, peserta perlu “ Zamri Kiprawi Bujang Presiden URS ” Setakat ini, seramai 200 peserta telah mendaftar dan ini menjadikan hanya tinggal 150 slot sahaja yang masih kosong.

berlari sejauh lima kilometer sebelum menaiki 627 anak tangga Wisma Sanyan setinggi 126 meter.

Zamri berkata, peserta yang telah mendaftar datang dari Semenanjung Malaysia iaitu Pahang dan Terengganu, selain dari Sabah.

“Majoriti adalah peserta dari Sarawak iaitu Kuching, Bintulu, Miri, Kapit, Sibu dan sebagainya,” jelasnya sambil menambah seorang peserta warganegara China turut mendaftar.

Larian dibahagikan kepada empat kategori iaitu Lelaki dan Perempuan Terbuka (18-39 tahun) serta Lelaki dan Perempuan Veteran (40 tahun ke atas).

Wang tunai berjumlah RM7,800 menanti pemenang bagi setiap kategori larian, selain medal.

Menurut Zamri, penyertaan bagi STR 2018 telah dibuka sejak 1 Januari lepas manakala tarikh tutup penyertaan pada 13 Februari 2018.

Bagi yang mendaftar awal atau sebelum 14 Januari, yuran penyertaan ialah RM70 seorang, sementara RM80 bagi yang mendaftar antara 15 Januari hingga 4 Februari 2018.

Yuran sebanyak RM90 dikenakan bagi yang mendaftar lewat iaitu 5 hingga 12 Februari 2018.

“Namun pendaftaraan awal atau sebelum 14 Januari ini telah penuh,” ujarnya sambil menambah orang ramai masih boleh mendaftar dengan bayaran yuran sebanyak RM80 hingga 4 Februari depan.

Beliau juga menggalakkan orang ramai mendaftar secara berkumpulan iaitu 10 peserta dengan bayaran RM800 satu kumpulan.

“Dengan mendaftar secara berkumpulan seramai 10 peserta, seorang lagi peserta boleh menyertai larian ini secara percuma,” jelas Zamri.

STR merupakan satu daripada tiga larian seumpamanya di dunia selain Dubai Tower Run dan Kuala Lumpur Tower Run.

  • oleh
  • Advertisement