Anda di sini

Wanita kini terima banyak pendedahan perniagaan

Advertisement
 Janathan melancarkan kempen menabung Kelab Usahawan AIM Kota Marudu.
GALAKAN: Janathan melancarkan kempen menabung Kelab Usahawan AIM Kota Marudu.

KOTA MARUDU: Golongan wanita masa kini kian banyak menerima pendedahan tentang pelbagai pengetahuan perniagaan meliputi terma dan pelbagai sektor seperti pelancongan, pertanian, perkhidmatan, kontraktor dan perniagaan atas talian.

Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia Datuk Dr Janathan Kandok berkata semua sektor itu boleh diaplikasikan di mana sahaja termasuk daerah terpencil seperti Kota Marudu.

Usahawan perlu mengambil semua peluang yang ada untuk menjadi perniagaan sebagai platform untuk menjadi jutawan,” katanya yang juga pengarah Kastam Negeri Sabah.

Perkara penting dalam setiap usaha ialah ketekunan dan kebijaksanaan untuk menentukan pencapaian usaha yang dijalankan,” tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Amal Kelab Wawasan AIM Kota Marudu di Dewan SMA Goshen yang dianjurkan ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Menurut Janathan, terdapat tiga golongan sasar di sini yang perlu dibela melibatkan penduduk berpendapatan rendah, sederhana dan atas yang menunjukkan jurang ketara di mana golongan berpendatan rendah masih merangkumi jumlah yang besar berbanding berpendapatan tinggi.

Terdahulu, Pengarah AIM Zon Sabah Noridah Abd Gafor berkata sebanyak RM992 juta telah dimanfaatkan kalangan sahabat AIM untuk membantu mewujudkan sumber golongan berpendapatan rendah.

Beliau menyifatkan Kelab Usahawan di sini menjadi kelab paling efisien dan cerdas di mana seramai 3,500 sahabat menganggotai AIM sejak ditubuhkan pada 1987 di negeri ini.

Pelbagai program dijalankan pada malam itu yang meliputi nyanyian karaoke berbayar, cabutan tiket bertuah, pertandingan karaoke dan ‘King of the Night’.

Makan malam itu turut meraikan Pengurus AIM Wilayah Utara Zubairi Mohd Fazil yang telah mengakhiri tiga tahun perkhidmatannya dan bertukar ke Johor Bharu.

Advertisement