Anda di sini

Naza Kia sasar jual 5,000 Picanto baharu pada 2018

Advertisement
 Samson (kiri), Ivan (kanan) dan Timbalan Pengurus Besar Kia Motors Corporation, H.M. Sun bergambar bersama model Kia Picanto serba baharu pada majlis pelancaran kereta itu semalam. — Gambar Bernama
BAHARU: Samson (kiri), Ivan (kanan) dan Timbalan Pengurus Besar Kia Motors Corporation, H.M. Sun bergambar bersama model Kia Picanto serba baharu pada majlis pelancaran kereta itu semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kereta Kia di Malaysia, menyasarkan jualan 5,000 unit Picanto baharunya pada 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Auto) Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George, berkata model itu akan menyumbang 50 peratus daripada sasaran jualan Naza Kia tahun ini.

Kami menjangkakan rangkaian kami mampu menjual 5,000 unit, kurang hanya dua peratus daripada penguasaan pasaran tempatan bagi segmen A- dan B, yang berjumlah hampir 290,000 unit.

Kami  yakin angka penjualan Picanto baharu  dapat dicapai kerana ia merupakan produk yang sangat baik pada harga yang sangat menarik. Kami tidak menawarkan harga bawah RM50,000 untuk tempoh yang sudah lama,” katanya kepada media selepas melancarkan model itu, di luar acara Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18), di sini semalam.

Generasi ketiga Kia Picanto ini ditawarkan pada harga RM49,888 (di jalan raya, tanpa insurans).

Dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.2 liter dan tali sawat pemasaan yang sama, Picanto komponen terurai  (CKD) kini ditawarkan dalam varian automatik.

Berbanding unit sebelumnya, Picanto baharu ini dilengkapi  dua kali ganda ‘Advanced Steel Strength Advanced (AHSS)’. Ia juga dilengkapi enam beg udara, ditempatkan di hadapan dan bahagian sisi tempat duduk penumpang.

Ia juga mempunyai skrin sentuh tujuh inci di tengah-tengah papan pemuka, yang selain menempatkan sistem navigasi, boleh disambungkan kepada telefon pintar yang sepadan dengan Apple CarPlay dan Android Auto dengan ciri perakuan suara.

Mengenai unjuran masa depan, Anand  berkata kadar tukaran mata wang sangat positif bagi kumpulan itu.

Selagi  ia (ringgit berbanding dolar AS) stabil di bawah tahap 4.0, pertumbuhan akan belaku dalam segmen auto. Ada kemungkinan kumpulan kami memperkenal tiga lagi model Kia tahun ini,” katanya.

Selain  Picanto, sedan padat empat pintu Kia, Cerato, dan kenderaan pelbagai guna baharu, Kia Carnival, dijangka menyumbang secara signifikan kepada jualan tempatan kumpulan itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, Ivan Kuan berkata syarikat itu memperuntukkan RM500 juta sebagai pelaburan dalam lima lagi pusat jualan, perkhidmatan, alat ganti (3S) untuk Kia di negara ini tahun ini, sebagai tambahan kepada 24 sedia ada. — Bernama

Advertisement