Anda di sini

Gelongsoran lumpur ragut 13 nyawa

Advertisement

Tragedi akibat ribut kencang di selatan California turut musnah beberapa rumah

 Anjing pengesan Jabatan Bomba Santa Barbara digunakan dalam operasi mencari mangsa terselamat di rumah yang musnah akibat gelongsoran lumpur selepas hujan lebat semalaman di Montecito, California, kelmarin. — Gambar AFP
CARI: Anjing pengesan Jabatan Bomba Santa Barbara digunakan dalam operasi mencari mangsa terselamat di rumah yang musnah akibat gelongsoran lumpur selepas hujan lebat semalaman di Montecito, California, kelmarin. — Gambar AFP

LOS ANGELES: Gelongsoran lumpur berpunca dari ribut kencang memus-nahkan beberapa rumah di selatan California dan mengorbankan sekurang-kurangnya 13 nyawa, kata pihak polis kelmarin.

Pihak berkuasa menyatakan beberapa mayat telah ditemui di dalam lumpur dan serpihan semasa operasi menyelamat di Montecito, barat laut Los Angeles.

Kami berasa sangat sedih untuk melaporkan bahawa insiden ini setakat ini telah mengakibatkan 13 kematian yang disahkan, sebagai kesan serangan ribut yang melanda melalui kawasan kami pada malam semalam,” Syerif Wilayah Santa Barbara Bill Brown memberitahu satu sidang media, memberikan amaran bahawa beliau menjangka angka kematian akan meningkat.

Jabatan Bomba Santa Barbara menyatakan di dalam laman Twitternya ia telah menggunakan anjing untuk mencari mangsa di mana beberapa rumah yang pernah terdapat di Montecito selepas hujan lebat, dengan lebih 20 orang dilaporkan hilang.

Jabatan tersebut telah menghantar beberapa keping gambar sungai dengan lumpur setinggi paras pinggang me-ngalir melalui kawasan kampung dan jalan raya yang tidak dapat dimasuki akibat pokok yang tumbang.

Anggota bomba telah berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun selepas dia terperangkap selama beberapa jam di dalam sebuah rumah yang musnah di Montecito,” tambahnya.

Jalan raya telah tersumbat di sepanjang wilayah dengan aliran lumpur menutup lebuh raya 101 Freeway sepanjang lebih 30 batu dan memus-nahkan beberapa rumah.

Hujan lebat yang turun telah melemahkan cerun gunung berdepan selatan di atas Montecito dan membanjiri sebatang anak sungai, menyebabkan lumpur dan batu besar jatuh ke atas kawasan perumahan.

Perkhidmatan kecemasan memberitahu wartawan sekurang-kurangnya “24” orang hilang dengan “beberapa” rumah  mengalami kerosakan atau kemusnahan. Mereka menyatakan mereka telah menyelamatkan beberapa penduduk, termasuk 50 yang dibawa dengan bantuan udara.

Jumlah penurunan hujan paling tinggi pernah direkodkan adalah lima inci di Ventura County, menurut Perkhidmatan Cuaca Negara Los Angeles.

Sebahagian besar kawasan yang terjejas adalah yang dilanda oleh kebakaran besar Thomas pada bulan lepas, di mana tiada tumbuh-tumbuhan untuk menyerap air yang berlebihan.

Kira-kira 275 nahas trafik telah dikesan di kawasan Peronda Lebuh Raya California di Los Angeles County semasa perjalanan pagi – berbanding dengan hanya 30 perlanggaran yang dilaporkan semasa tempoh yang sama pada Selasa minggu lepas.

Satu arahan pemindahan telah dikemukakan pada satu bahagian subbandar Burbank di Los Angeles, yang dilanda oleh gelongsoran lumpur yang menyebabkan beberapa kereta terkeluar dari jalan raya dan hanyut ke dalam sungai.

Gelongsoran itu turut me-nyebabkan kebocoran gas yang “ketara” dan kerja-kerja membaiki telah menyebabkan beberapa rumah di kawasan tersebut mengalami ketia-daan gas, bekalan elektrik atau air.

Terdapat banyak rumah, kira-kira 40 hingga 45 rumah, terjejas akibatnya, beberapa rumah lagi musnah,” Ketua Batalion Jabatan Bomba Burbank John Owings memberitahu rangkaian berita TV tempatan KCAL9.

Kami melakukan dua usaha menyelamat fizikal pada tepat jam 7 pagi waktu tempatan.”

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, banjir menyebabkan penutupan kawasan kastam di Terminal 2.

Peramal cuaca memberi amaran bahawa ketika hujan kelihatan berlaku pada lewat pagi, lebih banyak penurunan hujan dan ribut taufan terpencil dijangkakan sehingga petang, dengan tempoh bagi hujan yang sangat lebat.

Ribut muncul selepas satu keadaan kering selama 10 bulan di kawasan itu selepas hujan lebat pada Januari dan Februari tahun lepas. Pada 2017, luar bandar Los Angeles teah mengalami musim paling keringnya pada 1 Mac sehingga 31 Disember sejak 1878, dengan hanya 0.69  daripada satu inci penurunan hujan, menurut Perkhidmatan Cuaca Negara. — AFP

Advertisement