Anda di sini

Fatimah terima kunjungan daripada Persekutuan Badminton Cina Sedunia

Advertisement
 Fatimah bersama Wu (duduk dua kanan) dan ahli-ahli lain merakam kenangan sempena kunjungan dan turut kelihatan Harden (duduk dua kiri).
KUNJUNGAN: Fatimah bersama Wu (duduk dua kanan) dan ahli-ahli lain merakam kenangan sempena kunjungan dan turut kelihatan Harden (duduk dua kiri).

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menerima kunjungan daripada Persekutuan Badminton Cina Sedunia di sini, semalam.

 Kunjungan diketuai Presidennya Wu Jun Yan di Wisma Wanita, Jalan Sultan Tengah diadakan sempena lawatan persekutuan ke negeri ini sebelum penganjuran kejohanan bertaraf antarabangsa mereka pada tahun 2019.

 Menurut Wu, kejohanan yang bakal diadakan di Kuching itu dijangka akan membawa 3,000 hingga 4,000 pemain daripada lebih 20 negara.

 “Kejohanan ini akan membawa kira-kira 3,000 hingga 4,000 pemain daripada lebih 20 negara.

 “Kejohanan ini terbuka kepada semua peringkat umur dan ada kategori keluarga dan veteran,” katanya berucap semasa kunjungan itu.

 Sementara itu Fatimah berkata, selain acara sukan, Kuching khasnya dan Sarawak amnya boleh dijadikan sebagai destinasi kepada pemain bersama pasangan mereka.

 Katanya, pemain digalakkan membawa pasangan serta anak-anak mereka untuk menerokai aktiviti lain selain acara sukan yang dianjurkan.

 “Kami menawarkan banyak aktiviti yang boleh dijadikan kenangan kepada anda bersama pasangan atau anak-anak.

 “Sarawak kaya dengan kepelbagaian bangsa, agama dan budaya yang dapat hidup sebumbung aman dan harmoni,” katanya.

 Fatimah berkata, kerajaan amat menghargai dan mengalu- alukan penganjuran bertaraf antarabangsa sedemikian terutama sekali dalam bidang sukan.

 Hadir sama Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis.

Advertisement