Anda di sini

Dua wartawan Reuters didakwa OSA

Advertisement

Selepas lapor kempen tentera Myanmar usir ratusan ribu Rohingya di utara Rakhine

 Kyaw Soe Oo diiringi polis selepas didakwa secara rasmi di bawah OSA di mahkamah di Yangon semalam. — Gambar AFP
DIDAKWA OSA: Kyaw Soe Oo diiringi polis selepas didakwa secara rasmi di bawah OSA di mahkamah di Yangon semalam. — Gambar AFP

YANGON: Dua wartawan Reuters didakwa secara rasmi oleh polis di sebuah mahkamah Myanmar semalam kerana melanggar undang-undang kerahsiaan era koloni yang membawa kepada hukuman penjara selama 14 tahun, di sebalik beberapa permintaan bagi pembebasan mereka dengan segera.

Rakyat Myanmar Wa Lone, 31, dan Kyaw Soe Oo, 27, ditangkap pada sebulan lepas di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) selepas mereka dikata-kan diberi dokumen rahsia oleh dua anggota polis ketika makan malam.

Kedua-dua mereka telah melaporkan kempen tentera di wilayah utara Rakhine yang memaksa kira-kira 655,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri menyeberangi sempadan ke Bangladesh sejak Ogos, keganasan yang dikecam oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pembersihan etnik.

Isu adalah direka di dalam Myanmar, di mana pihak berkuasa menafikan sebarang salah laku semasa satu tindakan tentera terhadap militan daripada minoriti Islam.

Seorang anggota polis “telah memfailkan satu kes bagi mendakwa di bawah akta rahsia negara (Rahsia Rasmi) seksyen 3.1(c),” seorang hakim daerah memberitahu  mahkamah.

Seksyen tersebut meng-hukum sesiapa yang “mendapatkan, mengumpul, merekodkan atau menyiarkan...mana-mana dokumen atau maklumat rasmi” yang boleh menjadi “berguna kepada seorang musuh”.

Kedua-dua mereka akan kembali ke mahkamah pada 23 Januari bagi perbalahan perundangan, ketika pihak juri akan memutuskan sama ada untuk menerima kes di bawah sistem perundangan Myanmar.

Suasana penuh emosi telah melanda mahkamah Yangon dengan anggota keluarga wartawan tersebut menangis dan pihak wartawan mengemukakan rayuan terdesak sebelum mereka dibawa pulang ke pusat tahanan.

Tolong maklumkan orang agar melindungi wartawan kami,” Kyaw Soe Oo menjerit kepada mahkamah.

Rakan setugasnya Wa Lone yang isterinya sedang mengandung berkata: “Saya cuba untuk bertahan.”

Kes tersebut telah meng-gegarkan pihak media Myan-mar.

Wartawan yang membuat liputan untuk prosiding semalam telah memakai pakaian hitam sebagai bantahan terhadap penahanan mereka, membawa kain rentang yang bertulis “Kewartawanan bukannya satu jenayah”.

Kami memohon bagi ikat jamin namun pihak pendakwaan telah menolaknya,” peguam wartawan tersebut Khin Maung Zaw memberitahu AFP.

Reuters menegaskan wartawannya tidak melakukan sebarang kesalahan, sementara keluarga mereka mendakwa bahawa kedua-dua mereka diperangkap.

Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) telah mengetuai permintaan global agar wartawan itu dibebaskan, sementara Amnesty International pada lewat kelmarin mengulangi rayuannya bagi pembebasan mereka dengan segera.

Mereka langsung tidak melakukan kesalahan namun hanya melaksanakan tugas sah mereka sebagai wartawan,” kata James Gomez, pengarah Amnesty International bagi Asia Tenggara dan Pasifik.

Pada minggu ini, bekas presiden AS Bill Clinton turut mempertimbangkan tentang isu tersebut.

Media bebas adalah pen-ting bagi masyarakat bebas – penahanan wartawan di mana-mana sahaja tidak dapat diterima,” beliau menyatakan pada Isnin lepas.

Wartawan Reuters yang ditahan di Myanmar haruslah dibebaskan dengan segera.”

Kes tersebut menjadi tum-puan terhadap peralihan bermasalah Myanmar kepada demokrasi selepas pemerintahan tentera selama hampir lima dekad.

Ia telah menyentuh tentang kebebasan media yang merosot dan krisis Rohingya, dua isu yang membangkit-kan persoalan mengenai kemampuan negara untuk mengetepikan legasi peme-rintahan junta.

Sebahagian besar populasi majoriti Buddha menyokong pihak tentera dalam apa yang ia katakan sebagai kempen keadilan terhadap militan Rohingya selepas beberapa serangan terhadap polis pengawal sempadan mengorban-kan kira-kira 12 nyawa pada tahun lepas.

Pihak tentera telah menghalang kemasukan ke Rakhine terhadap wartawan, kumpulan bantuan dan pihak pemerhati.

Beberapa kes perundangan terhadap wartawan telah menambahkan rasa kekecewaan di kalangan mereka yang mengharapkan kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi  akan membawa satu era baharu bagi kebebasan.

Pentadbiran beliau ber-kongsi kuasa dengan tentera yang masih mengawal semua polisi keselamatan dan tahap kerajaan utama lain. — AFP

 Wa Lone diiringi polis selepas didakwa secara rasmi di bawah OSA di mahkamah di Yangon semalam. — Gambar AFP
DIDAKWA OSA: Wa Lone diiringi polis selepas didakwa secara rasmi di bawah OSA di mahkamah di Yangon semalam. — Gambar AFP
Advertisement