Anda di sini

Demi pendidikan Sarawak

Advertisement
 Abang Johari menyerahkan replika cek kepada ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam untuk disumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Buda pada majlis tersebut.
SUMBANGAN KEPADA SEKOLAH: Abang Johari menyerahkan replika cek kepada ADUN Saribas, Mohammad Razi Sitam untuk disumbangkan kepada Sekolah Kebangsaan Kampung Buda pada majlis tersebut.

  Kerajaan akan bantu bangun sekolah mubaligh dalam usaha menyelesai masalah sekolah daif: KM

BETONG: Kerajaan komited membantu sekolah mubaligh di Sarawak dalam usaha membangun dan mengiktiraf kesamaan pendidikan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, komitmen ke atas sekolah mubaligh penting sebagai sebahagian usaha menyelesaikan masalah sekolah daif di negeri ini.

Kerajaan negeri tiada masalah untuk menyalurkan peruntukan bagi membangunkan sekolah mubaligh ini, namun perlu nyatakan berapa banyak keperluan yang dimaksudkan. Kami akan cuba membantu sekolah-sekolah ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan

Tiga Tahunan Sekali Cawangan-Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Zon 5 di Dewan Sukan Datuk Amar Tan Sri Kalong Ningkan di sini, semalam.

Turut hadir isterinya Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu, Menteri Utiliti Datuk Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Hadir sama ahli-ahli PBB dari DUN Balai Ringin, Bukit Begunan, Simanggang, Engkilili, Batang Ai, Saribas, Kalaka, Krian dan Kabong.

Abang Johari berkata, hampir 1,000 sekolah di Sarawak berada dalam keadaan daif dan perlu dibina semula.

Saya telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa saya akan membaiki semua sekolah ini menggunakan wang kerajaan negeri tetapi kerajaan persekutuan perlu membayar balik.

Bagi tujuan itu, kita akan memperuntukkan RM1 bilion dan tidak boleh menunggu dana daripada persekutuan kerana sekolah sangat daif.

Pada masa sama, pihak guru juga terkesan dengan keadaan yang begitu teruk dengan rumah guru yang begitu usang dan tidak mencapai tahap yang sebenar.

Bagaimanapun, PM bersetuju untuk menyalurkan peruntukan kerajaan persekutuan dan akan memberi RM1 bilion menerusi Bajet 2018 bagi membantu sekolah di luar bandar,” jelasnya.

Selain itu, Ketua Menteri memberitahu kerajaan akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih yang dialami beberapa kawasan di sini.

Dalam keadaan ini, kita juga merancang dan merangka pendekatan membina saluran paip dan mendapatkan sumber air daripada Empangan Batang Ai untuk disalurkan ke kawasan-kawasan di sini.

Dalam fasa pertama, kita akan menyambung saluran paip ke kawasan yang memerlukan bagi menampung keperluan air bersih.

Kita banyak sumber air tetapi kita menghadapi masalah air. Dengan sumber yang kita ada, kita akan mencari penyelesaian dan akan dilaksanakan,” tambahnya.

  • oleh
  • Advertisement