Anda di sini

Takaful IKHLAS, Agrobank perkenal takaful keluarga Agro Mabrur-i

Advertisement

KUALA LUMPUR:  Takaful Ikhlas Berhad (Takaful IKHLAS) dengan kerjasama Agrobank memperkenal Agro Mabrur-i yang mampu milik dan mudah difahami selain menyediakan kad perlindungan dan pembayaran tuntutan dalam tempoh 24 jam bagi perbelanjaan serta-merta kematian.

Takaful IKHLAS berkata Agro Mabrur-i di bawah Skim Perlindungan Tenang merupakan  produk takaful keluarga yang ditaja jamin oleh Takaful IKHLAS dan ditawarkan khas kepada pelanggan Agrobank dan umum.

Produk mampu milik itu menawarkan manfaat sehingga RM13,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat semula jadi serta manfaat sehingga RM26,000 bagi kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal akibat kemalangan hanya dengan sumbangan serendah RM75 setahun atau bersamaan RM0.21 sen sehari.

Bagi penyertaan berkelompok untuk persatuan atau syarikat pula, pelan yang ditawarkan adalah serendah RM40 setahun dengan nilai perlindungan RM5,000 untuk penyertaan minimum 20 orang.

Pelanggan yang berminat boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan Agrobank di talian 1300882476, cawangan Agrobank terdekat atau laman sesawang Agrobank di www.agrobank.com.my,” kata Takaful IKHLAS dalam kenyataan semalam. — Bernama

Advertisement