Anda di sini

10 finalis Miss Grand Serian Sarawak 2018 berentap pada 3 Mac

Advertisement
 Sepuluh finalis Miss Grand Serian Sarawak 2018.
CANTIK: Sepuluh finalis Miss Grand Serian Sarawak 2018.

KUCHING: Seramai 10 finalis Miss Grand Serian Sarawak 2018 akan berentap dalam pertandingan yang berlangsung di Kampung Pichin pada 3 Mac tahun depan.

Pertandingan ratu cantik anjuran Persatuan Warisan Bumi Kenyalang Kuching (PWBKK) itu merupakan sebahagian daripada acara sempena sambutan Serian sebagai bandar perpaduan, dengan disertai gadis-gadis cantik dari Kuching, Bau, Lundu, Penrissen, Padawan dan Serian.

Pertandingan ratu cantik ini juga akan menampilkan keunikan tersendiri yang berdasarkan seni, budaya, warisan dan pelancongan secara keseluruhannya sekali gus diharap dapat membangunkan produk pelancongan Serian amnya.

Para finalis terdiri daripada Anasuziana Bong, Edlie Nova Edward, Fernessa Corrie Siah, Jacqualine Ayong, Lydia Hyginus, Melanie De Mensko, Niafirra Riti Spencer, Phyntergrow Genevie Sabah Herryson, Rowena Jala dan Vanessa Vincent Richard.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 manakala tempat kedua dan ketiga menerima RM1,500 dan RM1,000 termasuk mahkota, piala, produk kecantikan dan ba-nyak lagi.

Acara tersebut yang turut disokong oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak serta Tabung Pembangunan Sumber Manusia, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia akan dirasmikan oleh Menteri Sumber Manusia yang juga Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tiket, sila layari Facebook Persatuan Warisan Bumi Kenyalang Kuching (https://www.face-book.com/PWBKK) atau e-mel kepada [email protected] dan hubungi Michelle Maddy (016-8647842).

Advertisement