Anda di sini

Maut langgar lori tersadai

Advertisement
 

BINTULU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori dalam satu kejadian di Jalan Bintulu - Tatau, dekat sini, malam tadi. 

Mangsa dikenalpasti sebagai Enjat Mat, 41, dari Rumah Pangsa Sungai Plan, dikatakan sedang melalui jalan raya berhampiran Sekolah Menengah Kai Dee apabila kejadian jam 9.45 itu berlaku.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, DSP Bingkok John berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian setelah melanggar belakang lori yang tersadai di lorong kiri selama tiga hari apabila mengalami kerosakan.

“Hasil siasatan awal, (punca kemalangan) adalah kelalaian pemilik lori kerana meletakkan kenderaan di tepi jalan sehingga menyebabkan halangan bagi kenderaan yang lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bingkok berkata, maklumat di tempat kejadian turut mendapati kawasan kejadian adalah gelap dan tiada lampu jalan.

Kes disiasat lanjut di bawah  Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  

  • oleh
  • Advertisement