Anda di sini

KTS melancarkan Tabung Pendidikan

Advertisement
 Lau (kiri) menyampaikan Anugerah Pendidikan Kakitangan KTS BLD kepada penerima.
GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA: Lau (kiri) menyampaikan Anugerah Pendidikan Kakitangan KTS BLD kepada penerima.

Sebanyak RM2,196,849 diperuntukkan biayai 61 penerima lanjut pengajian di IPT

KUCHING: Kumpulan Syarikat KTS melancarkan Tabung Pendidikan Kakitangan KTS BLD semalam sempena Ulang Tahun Ke- 55.

 Pengarah Urusan Kumpulan KTS Dato Henry Lau berkata untuk itu, sebanyak RM2,196,849 diperuntukkan bagi membiayai 61 penerima melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

 “Tabung ini dilancarkan untuk membantu anak-anak anda (kakitangan Kumpulan Syarikat KTS) termasuk anda sendiri melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

 “Untuk tahun pertama ini, kita menyalurkan lebih RM2 juta untuk 61 penerima melanjutkan pengajian mereka ke peringkat lebih tinggi.

 “Inilah tanggungjawab kita terhadap kakitangan dan ahli keluarga dalam membantu mereka mendapatkan pendidikan tinggi,” katanya.

 Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Ke-55 Kumpulan Syarikat KTS di Hotel Waterfront di sini malam tadi.

 Pada majlis itu, Lau turut melancarkan penubuhan Tabung Pendidikan Kakitangan KTS BLD dan menyampaikan Anugerah Pendidikan Kakitangan KTS BLD.

 Antara bidang pengajian yang dibiayai di bawah tabung itu ialah e-dagang, pertanian, perikanan, pengurusan ekonomi, pentadbiran awam, perundangan, kewartawanan dan banyak lagi.

 Selain itu, beliau turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Setia kepada 180 kakitangan KTS yang telah lama berkhidmat.

 Hadir sama isteri Dato Henry Lau, Datin Wendy Lau, Timbalan Pengarah Urusan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau dan Stephen Lau serta tetamu kehormat lain.

  • oleh
  • Advertisement