Anda di sini

Doktor ‘hilang’ rupanya nak balik Kaherah

Advertisement

KUCHING: Seorang doktor pakar berasal dari Mesir yang dilaporkan hilang pada Selasa lepas kini dipercayai berada di Kuala Lumpur selepas didapati tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada jam 8.40 malam 7 Disember lalu.

Demikian menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar yang mengesahkan mangsa Dr Ahmed Mohamed Mohamed Sakr (gambar) tiba seorang diri di KLIA2 berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 

Menurut Dev, pakar Patalogi terbabit yang bertugas di Hospital Umum Sarawak (HUS) menaiki penerbangan pada jam 6.55 petang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

"Semakan CCTV di KLIA2 mengesahkan bahawa Dr Ahmed tiba di KLIA2 seorang diri dan dalam keadaan selamat.

"Bagaimanapun siasatan untuk mengesan lokasi terkininya masih dijalankan dan semakan juga mendapati beliau telah menempah tiket penerbangan Emirates dari Kuala Lumpur ke Kaherah pada 23 Disember ini.

"Bantuan juga telah dipohon dari kedutaan Mesir di Malaysia melalui Interpol Bukit Aman untuk menyemak status Dr Ahmed dari keluarganya di Cairo," kata Dev dalam kenyataannya hari ini.

Bagaimanapun siasatan setakat ini tidak mendedahkan sebarang unsur jenayah.

  • oleh
  • Advertisement