Anda di sini

Jerat dan bedah

Advertisement
 Anggota operasi SAR membawa buaya tersebut ke darat untuk dibedah.
JERAT: Anggota operasi SAR membawa buaya tersebut ke darat untuk dibedah.
 Buaya tersebut dibedah oleh anggota penyelamat, namun tidak menemui sebarang anggota badan manusia.
BELAH: Buaya tersebut dibedah oleh anggota penyelamat, namun tidak menemui sebarang anggota badan manusia.

  SAR lelaki hilang di Sungai Sebemban tangkap buaya, dibedah namun tiada anggota badan manusia ditemui.

KUCHING: Seekor buaya ditangkap semalam selepas kehilangan seorang lelaki di tebing Sungai Sebemban, Serian sejak 5 Disember dikaitkan dengan reptilia tersebut ekoran terdapat kesan tapak kaki buaya berdekatan tempat barang-barang mangsa ditemui.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), buaya tersebut berjaya dijerat selepas termakan umpan yang dipasang dan kemudian dibawa ke darat untuk dibedah.

Mangsa dikhuatiri disambar buaya berikutan penemuan peralatan memancingnya berdekatan kesan tapak kaki buaya.

Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari keenam telah berjaya menjerat seekor buaya yang termakan umpan.

Hasil pembedahan perut buaya tersebut bagaimanapun tidak menemui sebarang anggota badan manusia,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Mangsa Ariff Bagoh berusia 42 tahun dilaporkan hilang oleh keluarganya apabila tidak pulang ke rumah selepas dipercayai pergi memancing sekitar jam 10 malam hari kejadian.

Difahamkan, keluarga mangsa memulakan pencarian pada awal 7 Disember dan berjaya menjumpai peralatan memancing milik mangsa di sungai tersebut sekitar jam 4 petang.

Mangsa dikatakan keluar selepas mengikuti ‘carolling’ Krismas sekitar jam 10 malam.

Mangsa disedari masih tidak pulang sehingga keesokannya menyebabkan keluarganya terus mencarinya dan hanya berjaya menemui peralatan memancing milik mangsa.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian yang memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian sekitar jam 7.23 malam,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak yang dipetik dalam satu kenyataan akhbar.

Sepasukan anggota dari BBP Serian bersama dua anggota dari IPD Serian kemudian segera ke lokasi kejadian untuk mendapatkan maklumat berhubung kejadian.

SAR kemudian dilancarkan 8 Disember dan kawasan pencarian adalah di sekitar kawasan sungai iaitu tempat mangsa dipercayai hilang.

  • oleh
  • Advertisement