Anda di sini

Putera William dan Harry hadiri tayangan perdana 'Star Wars'

Advertisement
William dan Harry disambut oleh 'stormtrooper' dan BB-8 sebaik tiba untuk menyaksikan tayangan perdana "The Last Jedi.- Foto AFP
William dan Harry disambut oleh 'stormtrooper' dan BB-8 sebaik tiba untuk menyaksikan tayangan perdana "The Last Jedi.- Foto AFP

LONDON: Putera William dan Harry menghadiri tayangan pertama "Star Wars: The Last Jedi" pada Selasa, menyertai barisan bintang di London bagi trilogi terbaharu sains fiksyen tersebut.

Kerabat diraja Britain berjalan di karpet merah berpakaian tuksedo untuk menyaksikan tayangan itu di Royal Albert Hall, London, disambut oleh watak droid BB-8 yang tunduk kepada putera-putera berkenaan.

Kedua-dua mereka dilaporkan mempunyai peranan kameo sebagai 'stormtrooper' dalam filem, selepas melawat lokasi penggambaran pada April 2016 apabila dimana mereka dikhabarkan menjalani rakaman adegan tersebut.

William dan Harry - yang baru-baru ini mengumumkan pertunangannya dengan pelakon Amerika Syarikat Meghan Markle - turut bertemu dengan bintang-bintang 'The Last Jedi' dan dihadiahkan dengan topi kaledar 'stormtrooper'.

Dirakamkan di Studio Pinewood berhampiran London dan di pantai barat Ireland, "The Last Jedi" adalah filem kelapan yang berdurasi 153 minit.

Mark Hamill, yang memainkan watak Luke Skywalker dalam filem, berkata 'Star Wars' telah menyaksikan wataknya membuka jalan untuk bintang-bintang baharu. - AFP
 

Advertisement