Anda di sini

Lelaki mengaku bersalah guna dadah berbahaya

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret mengenakan denda RM3,800 atau lima bulan penjara ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun.

Wong Wui Ming, 41, dari Taman Hillstone, Lopeng di sini didapati telah menggunakan dadah berbahaya jenis Amphetamine dan Methamphetamine yang terkandung di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.50 malam, 12 September tahun ini di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama.

Sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendaki menjalani pengawasan selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Advertisement