Anda di sini

Lelaki dihadap ke mahkamah atas tuduhan miliki syabu

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis syabu.

Emmanuel Dennis, 31, dari Taman Tang Lim, Batu 2 Jalan Airport di sini telah didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM100,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh sebagai seorang yang bukan diberi kuasa sah di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952, didapati ada memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine (syabu) dengan berat kasar 1.11 gram.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.30 pagi, 7 Disember lalu di rumahnya di Taman Tang Lim, Batu 2 Jalan Airport di sini.

Terdahulu, pegawai pendakwa ASP Mary Ong memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes memandangkan laporan kimia berhubung barang kes masih belum diperolehi.

Majistret Zuraini Ali Musa membenarkan permohonan itu dan menetapkan 11 Januari depan untuk sebutan lanjut kes.

Manakala tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan RM6,000 berserta dua penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

Advertisement