Anda di sini

Enggan tragedi berulang

Advertisement
 Keadaan tebing sungai runtuh dan hakisan Sungai Layar yang menjejaskan SK Sebemban.
MEMBIMBANGKAN: Keadaan tebing sungai runtuh dan hakisan Sungai Layar yang menjejaskan SK Sebemban.

BETONG: Pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Sebemban, Spaoh dekat sini bimbang tragedi SK Kampung Buda yang ‘ditelan’ Sungai Saribas pada 2016 berulang kembali apabila berlaku runtuhan tebing Sungai Layar akibat hujan dan air pasang, semalam.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Betong PBKI Henry Jugah memaklumkan, kejadian tanah runtuh dan hakisan tebing sungai dikesan berlaku di belakang kuarters guru dan belakang dewan sekolah.

“Hanya tinggal kira-kira satu hingga dua meter sahaja jarak tanah dari kuarters dan dewan sekolah akibat hakisan tebing sungai.

“Ini menyebabkan kebimbangan pihak pengurusan sekolah sehingga membuat panggilan untuk memaklumkan kejadian yang berlaku.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan dan fenomena air pasang sejak beberapa hari lalu.

“Ketika ini, kesemua penghuni tiada di sekolah kerana musim cuti sekolah,” katanya.

__alt__

Henry menjelaskan, BBP Betong menerima panggilan berhubung kejadian tanah runtuh di sekolah itu pada jam 2.52 petang.

“Sejurus itu, BBP Betong menggerakkan aset dan anggota ke lokasi berkenaan.

“Keadaan agak membimbangkan jika hujan masih berterusan. Namun begitu keadaan masih terkawal dan tiada melibatkan mangsa,” ujarnya.

Pada awal pagi 8 Jun 2016, bangunan SK Kampung Buda dekat sini musnah kira-kira 80 peratus apabila tebing Sungai Saribas runtuh.

  • oleh
  • Advertisement