Anda di sini

ORIX jangka produk Syariah tingkatkan jumlah perniagaan dan hasil

Advertisement

SHAH ALAM: ORIX Leading Malaysia Bhd menjangkakan produk patuh Syariah yang dilancarkan pada Khamis - i-Rental, i-Pajakan dan i-Hire Purchase - akan meningkatkan jumlah dan pendapatan perniagaannya.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Hiroshi Inui berkata produk yang menawarkan skop perkhidmatan kewangan yang luas kepada para pelanggan itu dilancarkan sejajar dengan permintaan yang kukuh untuk produk Shariah di Malaysia.

Kira-kira 80 peratus daripada pelanggan kami terdiri daripada industri kecil dan sederhana, dan permintaan untuk produk-produk dalam sektor ini mendapat permintaan yang tinggi buat masa ini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk itu oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong, di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengerusi ORIX Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar.

Inui berkata menerusi pelancaran produk terbabit, hasil syarikat itu dijangkakan meningkat sebanyak lima peratus pada tahun pertama dan dua angka seterusnya.

Sementara itu, Lee berkata, pelancaran tiga produk patuh Syariah itu tepat pada masanya ketika pasaran kewangan Islam Malaysia mengalami pertumbuhan yang ketara.

Segmen kewangan Islam mencatatkan pertumbuhan dua digit pada dekad lepas walaupun kedudukan dunia yang mencabar.

Kehadiran kami dalam sistem kewangan Islam global semakin meningkat, terutama dalam pasaran sukuk global, dan kami berjaya mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran dengan penguasaan pasaran melebihi 50 peratus dalam tempoh 10 tahun lepas.

Pada masa ini, Malaysia merupakan pasaran terbesar sukuk di dunia menerusi 50.7 peratus penguasaan sukuk global, dengan 48.2 peratus terdiri daripada sukuk korporat,” katanya.

i-Rental, yang berasaskan konsep operasi Ijarah, terpakai untuk penyewaan peralatan (teknologi maklumat dan komunikasi, ujian dan pengukuran, peralatan perubatan dan perkakasan automasi pejabat) yang ditawarkan kepada perusahaan perniagaan.

Whereelse i-Lease pula ditawarkan kepada perusahaan perniagaan untuk memajak peralatan untuk tujuan komersial dan terpakai menerusi konsep Al Ijarah Muntahiya Bi Tamleek.

i-Hire Purchase, yang berasaskan konsep Al Ijarah Thumma al Bay, ditawarkan kepada kedua-dua pengguna dan perusahaan perniagaan untuk membiayai pembelian barangan. — Bernama

Advertisement